Sunday, August 08, 2010

Motif Kematian Mantan ADUN Permatang dan mantan pembantunya sangat misteri

Dalam kejadian jam 11 pagi 3 Ogos lalu di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, mantan ADUN Permatang, Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala mantan pemabntunya Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.

Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.

Datuk Abdul Aziz dan Siti Rohana pagi itu dijadualkan akan menghadiri aktiviti parti Umno di Bahagian Tanjung Karang, dimana Datuk Aziz adalah AJK Bahagian, manakala Siti Rohana ada Naib ketua Umno Bahagian.

Semasa dijumpai dalam keadaan terkulai dan tidak bernyawa lagi, Siti Rohana mengenakan seragam wanita Umno berwarna merah.

Polis telah menjanjikan bahawa siasatan terperinci dan laporannya akan siap dalam masa seminggu, termasuklah laporan bedah siasat, forensik dan ujian balastik terhadap pistol Datuk Aziz.

Semalam ketua Polis Selangor mengatakan bahawa 90% hasil siasatan kematian dua mangsa tersebut telah siap.

Dengan tersedia laporan siasatan ke atas kematian dua mangsa tersebut,mudah-mudahan misteri kematian mereka akan terungkai.

No comments:

Blog Archive