Friday, August 06, 2010

Melaka: Selain bandar bersejarah juga akan dikenali bandar sekolah hamil

Suatu hari nanti negeri Melaka selain dikenali sebagai negeri bersejarah juga akan dikenali bandar sekolah hamil.

Cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar hamil bagi membendung gejala pembuangan bayi, mendapat respon pro dan kontra.

Bagi yang tidak menyokong terutama parti Pas malah menggambarkan cadangan tersebut cerminan kepada betapa serius dan dahsyatnya perzinaan dan kemungkaran berlaku di dalam masyarakat hari ini.

Parti Pas menunding jari kepada kerajaan kerana gagal mencegah kemungkaran dan menemplak cadangan tersebut sebagai wadah memelihara hasil dari perbuatan mungkar.

Parti Pas juga mencelar kerajaan yang memerintah tidak berusaha menjalankan kempen mencegah perbuatan zina, akan tetapi lebih kerap menjalankan operasi khalwat.

Dengan adanya cadangan mengwujudkan sekolah bagi perempuan yang hamil hasil perbuatan zina di Melaka, sebenarnya menjadi tamparan kepada majlis-majlis agama, termasuk para mufti bahawa agensi-agnesi telah gagal dalam menjalankan syiar islam di negara ini.

Malaysia ada JAKIM, ada YADIM, semua kerajaan negeri ada majlis agama islam sendiri dan badan NGO seperti ABIM nampaknya telah gagal membendung perbuatan zina.

Cadangan mengwujudkan sekolah untuk merumahkan mereka yang hamil kerana perbuatan zina malah melahirkan persepsi bahawa suatu hari kelak ada kemungkinan satu peraturan baru akan keluar bahawa zina itu halal dan dibolehkan dan akhirnya akan memberi peluang baru kepada remaja dan generasi muda yang cetek pengetahuan agama untuk terus terlibat dengan aktiviti negatif itu.

Cadangan Kerajaan Melaka itu harus dilihat dari skop yang luas supaya ia tidak memberi satu pengiktirafan yang memungkinkan berleluasanya kegiatan mungkar ini setelah ruang disediakan bagi mereka yang berzina.

No comments:

Blog Archive