Monday, August 09, 2010

Kes Liwat Anwar bertukar wajah: Hubungan Saiful-Farah pula jadi tumpuan

APAKAH kes liwat Anwar akan bertukar wajah? Sejak 2 ogos lalu, kes liwat tersebut bukan lagi tumpuan utama perbicaraan melainkan hubungan antara Saiful-Farah Azlina Latiff.

Pada 2 ogos lalu, selepas sahaja prosiding itu ditangguhkan OKT Anwar terus membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Saiful, berasaskan apa yang didakwa Anwar bahwa saksi utama dan DPP itu telanggar melanggar OSA.

Anwar mendakwa bahawa Saiful dan Farah telah bersubahat melalui hubungan romantis agar supaya Saiful mempunyai akses kepada maklumat siasatan sodomy Anwar.

Pada 27 Julai lalu, peguam negara Tan Sri Gani Patail telah menggugurkan Farah Azlina Latif daripada anggota pasukan pendakwaan tanpa sebab yang pasti. Pengguguran itu ada kaitan dengan pendedahan Raja Petra Kamaruddin, kononya Saiful dan Farah ada hubungan romantis.

Pagi tadi apabila perbicaraan liwat Anwar diteruskan, pihak pembela Anwar membuat permohonan agar supaya pertuduhan terhadap Anwar digugurkan. Selain itu, Karpal Singh bagi pihak Anwar memohon agar Saiful dan Farah tampil ke mahkamah untuk menjawab status hubungan mereka.

Namun demikian pihak pendakwaan dalam afidavit balasnya menafikan mengetahui terhadap hubungan antara kedua-duanya sambil menyifatkan dakwaan Anwar tersebut hanya dakwaan kosong. Pihak pendakwaan juga mengemukakan afidavit daripada DPP Mohd Hanafiah Zakaria and pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira yang menafikan - berdasarkan pengetahuan mereka - bahawa dokumen, pertemuan dan makluat (telah bocor).

Mahkamah akan menentukan keputusan untuk permohononan pihak pendakwaan pada 2.15 petang ini.

No comments:

Blog Archive