Wednesday, August 04, 2010

Kematian Datuk Aziz -Siti Rohana:Dalam seminggu laporan bedah siasat, forensik dan balastik siap

Dalam masa seminggu laporan bedah siasat, forensik dan balastik kematian Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat akan siap.

Laporan bedah siasat penuh adalah bagi mencari maklumat dan bukti lain jika ada manakala laporan forensik adalah untuk mengesan bukti fizikal di kawasan kejadian termasuk kereta dan jalan raya.Sementara laporan balastik adalah bagi menentukan bagaimana senjata itu digunakan, termasuk jarak tembakan dan kadar belerang yang dikesan daripada pistol yang digunakan.

Abdul Aziz, 64, ditemui mati bersama Siti Rohana Ismat, 43, dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam.

Katanya pegawai siasatan telah pun merakam keterangan awal kenalan melalui data dalam telefon bimbit melalui kedua-dua mangsa dan akan memanggil lagi mereka yang mampu membantu siasatan.

Menurutnya siasatan juga kini menjurus kepada motif kenapa kejadian itu boleh berlaku berdasarkan bukti daripada tiga laporan penuh itu bagi mengelak sebarang “spekulasi liar”.

Semalam beliau memberitahu polis tidak menolak kemungkinan kematian Abdul Aziz, bekas setiausaha politik Tan Sri Abu Hassan Omar bersama Siti Rohana adalah akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Kata Khalid, berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Polis menemui pistol jenis revolver .38 dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Umno Tanjong Karang.

Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

No comments:

Blog Archive