Sunday, August 08, 2010

Islam jadi beg tinju bukan islam di negara ini

Karpal Singh terkenal dengan kata-kata "dead over my body", ada setengah pemimpin gerakan mengatakan bahawa islam adalah arogant dan bersifat militant, dan kini MCA kata pula islam penyebab sesebuah negara itu tidak progresif, rasuah, miskin dan terbelakang.

Kenyataan MCA melalui presidennya semasa konvensyen tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star itu malah disifatkan oleh wakil rakyat bebas Zulkefli Noordin sebagai kurang ajar dan sifat orang berfikiran dangkal.

Sementara itu Anwar Ibrahim menyifatkannya sebagai amat malang dan kurang arifnya presiden MCA tersebut terhadap islam.

Bagi AYT kenyataan Chua Soi Lek itu mirip ke arah sikap cauvinis dan prejudis terhadap islam dan umat islam.

Sejak akhir-akhir ini islam seolah-olah sebagai beg tinju bagi pemimpin bukan islam. Islam menjadi barang belasahan ekoran merosotnya sokong kaum mereka terhadap mereka dan parti yang mereke terajui.

Membalasah islam dianggap sebagai penyelamat bagi mereka dengan harapan kaum mereka akan menyokong semula kerana kononya mereka kini telah anti islam.

Soi Lek telah merancang islam sebagai beg tinjunya. Bermula dengan dakwaannya bahawa islam menyalahgunakan kalimah ALLAH, kemudian mempertikaikan parti Umno dan Pas dalam meneggakkan islam.

Malahan AYT melihat akhir-akhir ini pimpinan politik bukan Islam-Melayu gemar memainkan isu menyentuh Islam ataupun hak istimewa Melayu untuk meraih sokongan bukan Islam-Melayu.

Seolah-olah menjadi satu kegilaan dikalangan mereka menjadikan "Islam bashing" sebagai "political lifeline" untuk mereka. Daripada Guan Eng, kepada Koh Tsu Koon, sekarang menular kepada Soi Lek, "Islam bashing" ini dah jadi satu favorit past-time untuk mereka.

Adalah sangat bahaya pendekatan pimpinan politik bukan Islam-Melayu ini, tidak kira dari parti mana mereka, supaya jangan cuba bermain dengan api! Jangan tutup kelemahan kalian dengan menjadikan kami umat Islam sebagai "political punching bag" .
Kami umat Islam memang diajar supaya sentiasa menghormati orang lain, termasuk bukan Islam. Tapi janganlah sikap tolak ansur kami dan kesabaran kami diambil kesempatan sehingga kamu bersikap kurang ajar dan biadap terhadap kami. Kerana bila kesabaran kami melangkaui garisan tolak ansur menasabah, kalian pasti akan menyesal dengan kebodohan dan kebiadapan kalian itu.

Kepada pemimpin bukan islam yang menjadikan islam sebagai beg tinju supaya menghentikan serta merta sikap cauvinis dan "Islam bashing" tersebut.

AYT mendesak agar parti BN menegur pemimpin bukan islam dibawah naungan BN seperti Chua Soi Lek atau mengambil tindakan keras terhadapnya.

Bagi AYT, pemimpin seperti Soi Lek tersilap baca, membelasah islam tidak akan mengembalikan sokongan kaum anda terhadap parti anda. Parti anda ditolak bukan kerana islam, parti anda ditolak kerana perbuatan anda sendiri, rakan anda seperti Tun Ling Liong Sik dan yang lainnya.

Satu peringatan kepada Chua Soi Lek, Islam adalah majoriti di negara ini, salah kah kami bersatu, demi maruah dan menyelamatkan agama kami?

Jangan tersalah menilai wahai Chua Soi Lek!!!

No comments:

Blog Archive