Monday, August 02, 2010

Hubungan Cinta Saiful-DPP Suatu Perangkap Anwar?

Hubungan cinta Saiful- DPP Farah Azlina Latif kemungkinan suatu perangkap. Manakan tidak, bagaimanakah Raja Petra Kamaruddin boleh mengetahuinya?

Pendedahan RPK ternyata benar, atas sebab itu peguam negara Tan Sri Ghani Patail mengambil tindakan menguggurkan Farah daripada pasukan pendakwa pada 27 Julai lalu.

Ekoran pendedahan hubungan cinta Saiful-Farah,maka pihak Anwar mendapat helah baru dan faktor hubungan cinta Saiful-Farah dijadikan bukti, bahawa pasukan pendakwaan adalah pasukan yang tidak telus.

Pasukan Anwar menjadikan hubungan cinta tersebut sebagai faktor mengenepikan kes sodomy II, atas sebab Saiful ada kemungkinan mengetahui semua hasil siasatan.

Jika kes sodomy II mahu diteruskan juga, maka seluruh pasukan pendakwaan perlu berundur, demi keadilan, menurut pegumbela Anwar, Karpal Singh.

Penjelasan Ghani dan Ketua pendakwa Mohd Yusof bahawa peranan Farah Azlina Latif sangat terhad dalam kes sodomy tersebut, tidak dapat diterima oleh pihak Anwar.

AYT merasakan bahawa hubungan cinta Saiful-Farah adalah sesuatu yang telah dirancang. Yang merancangnya sudah tentu Anwar?.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Perbicaraan akan diteruskan pada 9 Ogos ini.

No comments:

Blog Archive