Monday, August 16, 2010

Gugur liwat II: Kali ke-2 gagal.. pasti Anwar cuba kali-3

Percubaan pertama gagal, kedua juga gagal, pasti Anwar akan mencari jalan untuk percubaan ke 3.

Raja spin Anwar RPK pada 10 Ogos lalu telahpun membuat "pendedahan" kononnya saksi utama liwat II mempunyai hubungun "romantis" dengan pengawai khas Perdana Menteri.

Bagi AYT Anwar akan mempergunakan maklumat daripada RPK tersebut untuk mempersoalkan karakter Saiful.

Anwar melalui RPK untuk masa ini berusaha sekeras-kerasnya untuk membunuh karakter Saiful, agar supaya mahkamah terpengaruh, bahawa Saiful adalah seseorang yang tidak berintegriti.

Akan adakah percubaan ketiga Anwar untuk menggugurkan Liwat II?

Dalam cubaan pertama menguggurkan liwat II, Anwar menyatakan dakwaan itu lemah berdasarkan “tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum”, tetapi ia ditolak Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Percubaan ke-2 pula Anwar memanfaatkan dakwaan Raja Petra Kamaruddin(RPK) bahawa Saiful dan Farah Azlina Latif ada hubungan romantis. Atas sebab itu Saiful mempunyai akses terhadap dokumnen-dokumen siasatan.

Namun hari ini Mahkamah Tinggi menolak permohonan (percubaan ke-2)Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar tuduhan liwat terhadapnya digugurkan ekoran dakwaan hubungan romantis antara saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Percubaan kali kedua: Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan terhadapnya, dan kali ini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina.

Dalam penghakimannya Zabidin berkata, pasukan pendakwa tidak menafikan ataupun bersetuju dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pembela dalam afidavit mereka berhubung dakwaan kedua-dua Saiful dan Farah Azlina, dan apa-apa yang didakwa oleh defendan akan diambil kira sebagai benar.

Bagaimanapun Mohd Zabidin menjelaskan, afidavit Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Judy Pereira sudah cukup untuk membuktikan bahawa Farah Azlina tidak akses kepada dokumen siasatan dan perbicaraan dan peranannya hanya setakat mengambil nota prosiding kes.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan terhadapnya digugurkan. Dalam permohonannya beliau mendakwa bahawa Farah Azlina Latif ada akses kepada kertas siasatan, dan ada hubungan dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Dalam afidavit pendakwa, pasukan mereka tidak menafikan ataupun bersetuju dengan bahawa adanya hubungan, tetapi menekankan bahawa Farah Azlina dan Saiful tiada akses kepada dokumen-dokumen ini.

“Mahkamah mendapati tiada salah guna dalam proses pembuktian di sini. Oleh itu, permohonan ini ditolak,” kata Zabidin.

Minggu lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk memutuskan permohonan Anwar selepas peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, merumuskan hujahan terhadap permohonan Anwar bagi membatalkan pertuduhan.

Zabidin pada asalnya memutuskan untuk memberi keputusan pada Jumaat, tetapi Karpal Singh meminta beliau supaya bertindak tanpa gentar atau pilih kasih, dan menyatakan bahawa buat pertama kalinya di negara ini, dan kemungkinan juga di negara-negara Komanwel dalam hal berkaitan saksi dan timbalan pendakwa raya mempunyai hubungan.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang genap berusia 63 tahun minggu lalu dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Karpal dalam hujahannya untuk meyakinkan hakim membenarkan permohonan bagi menggugurkan pertuduhan, berkata apa jua yang dinyatakan Anwar dalam afidavitnya mengenai hubungan Saiful dan Farah Azlina bukanlah satu dengar cakap tetapi beliau mempunyai pengetahuan peribadi untuk memastikan fakta berkenaan.

Peguam itu berhujah bahawa Hanafiah dalam afidavit balas kepada afidavit Anwar mengenai hubungan itu, terpaksa bergantung kepada beberapa keratan akhbar bahawa Farah Azlina dan Saiful bahawa pada waktu berkenaan tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan.

No comments:

Blog Archive