Tuesday, August 17, 2010

Golongan pelampau indonesia "laskar merah putih" menyerang kedutaan kita di Jakarta

Golongan pelampau laskar merah putih juga lalu pada tahun lalu mengancam rakyat Malaysia yang ada di Indonesia dengan bambu runcing.

Semalam gerombilan ini juga lah yang datang mengepung kedutaan kita di negara itu.

Penunjuk perasaan yang berjumlah lebih 60 orang itu datang mengepung kedutaan selama 1 jam.

Dalam masa kepungan tersebut, gerombolan tersebut sempat merosakan pintu masuk Kedutaan dan mereka juga memasang bendera nasional indonesia Merah Putih.

Semasa tujuk perasaan tersebut mereka melaung-laungkan siap berperang dengan Malaysia.

Hari ini 17 Ogos adalah hari kemeredekaan Indonesia yang ke 65. Rupanya salah satu agenda gerombolan laskar merah putih Indonesia itu adalah menginginkan perang.

Dalam perkembangan berkaitan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam telah menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar dan Polis Republik Indonesia kerana gagal mengawal keamanan dan keselamatan harta di kawasan kedutaan.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan berkata, beliau telah menghantar nota bantahan itu kerana sekumpulan orang yang mengadakan tunjuk perasaan telah merosakkan harta-benda di kawasan bangunan milik kedutaan pada isnin.

"Saya kecewa kerana anggota polis yang bertugas gagal menghalang para penunjuk perasaan daripada merosakkan harta milik kedutaan," kata Dubes kita itu.

Tunjuk perasaan yang diadakan bagi membantah penahanan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Pasukan Gerakan Marin Malaysia Jumaat lalu ketika mereka menahan sejumlah nelayan Malaysia yang dikatakan menceroboh perairan negara jiran tersebut.

Sementara itu, pemantauan Utusan Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia yang menjadi lokasi tunjuk perasaan itu mendapati sejumlah anggota penunjuk perasaan telah merosakkan tulisan 'Kedutaan Besar Malaysia dan Perwakilan Staf Malaysia ke ASEAN Jakarta' yang dipasang pada tembok kedutaan tersebut.

Mereka juga menutup jalan utama menuju ke kedutaan dan pintu utama kedutaan dengan menggunakan bendera berwarna merah dan putih sepanjang 20 meter.

Ketua Umum Laskar Merah Putih, Edy Hartawan berkata, bendera itu akan terus dipasang pada pintu utama kedutaan Malaysia sebagai tindakan protes atas penangkapan tiga rakyat Indonesia oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Pintu utama kedutaan kita tutup, tetapi terserah kakitangan kedutaan untuk menggunakan dua lagi pintu bahagian belakang bangunan berkenaan," katanya ketika ditemui pada demonstrasi yang berlangsung kira-kira dua jam bermula pukul 2.30 petang yang dikawal 30 anggota polis itu.

Terdahulu, Syed Munshe Afzaruddin menemui Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Fadel Muhammad bagi menjelaskan situasi kejadian tersebut.

Syed Munshe Afzaruddin ketika ditemui pemberita berkata, Malaysia berjanji menyelesaikan masalah itu dengan segera.

"Ibaratnya mengambil rambut dari dalam tepung kerana ia masalah kecil. Kita sudah melakukan penyelesaian dengan baik," kata beliau.

Beliau berharap masalah tersebut tidak akan merosakkan hubungan baik Malaysia-Indonesia pada masa ini.

Ditanya bilakah tiga pegawai terbabit akan dibebaskan, Syed Munshe Afzaruddin hanya berkata; "Insya-Allah."

Dalam pada itu, Fadel berkata, ketiga-tiga petugas yang ditahan akan dibebaskan dalam masa terdekat.

"Dalam waktu satu dua hari ini (dilepas)," ujar Fadel ketika ditemui selepas pertemuan dengan Duta Besar Malaysia.

Jumaat lalu, tujuh nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menangkap ikan di perairan negara jiran tersebut.

Bagaimanapun, Pasukan Gerakan Marin (PGM) Malaysia menahan tiga anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia itu ketika sedang menunda bot nelayan Malaysia ke perairan republik itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot dilaporkan berkata, nelayan Malaysia itu ditahan ketika menangkap ikan di perairan Kota Tinggi, Johor.

Beliau turut mengakui PGM melepaskan dua das tembakan suar sebagai amaran setelah bot penguat kuasa itu enggan berhenti sebaliknya memecut meninggalkan perairan Malaysia.

Hasil pemeriksaan di dalam lima bot nelayan tersebut menemui lapan nelayan tempatan bersama tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Tujuh nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia difahamkan kini berada di Pekan Baru, Riau.

No comments:

Blog Archive