Wednesday, August 11, 2010

Bung terlepas hukuman penjara

Kerusi parlimen Kinabatangan yang dipegang Datuk Bung Moktar Radin kekal miliknya apabila Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman penjara sebulan ke atasnya itu dan digantikan dengan denda RM1,000.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lalu.

Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Beliau membayar denda itu.

No comments:

Blog Archive