Monday, August 02, 2010

Anwar buka isu baru lagi. TUDM Sungai besi diberikan pada jutawan Jho low

Anwar ada saja isu nak bangkang kerajaan. Ada saja isu nak bangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Sebelum ini isu APCO. Setelah isu itu backfire kepada Anwar, maka isu APCO tidak dibangkitkan lagi.

Anwar bijak mencari isu agar rakyat terlepas pandang kes sodomy II yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Pagi tadi apabila sodomy II bermula, Anwar minta hakim gugurkan semua tuduhan sodomy. Alasannya kerana Saiful ada hubungan romantis dengan DPP Farah Azlina Latif salah seorang anggota pasukan pendakwaan.

Anwar mendakwa bahawa Farah dan Saiful telah menlanggar akta OSA. Berikutan dengan itu Anwar membuat laporan polis terhadap Saiful dan Farah.

Agar rakyat tidak dapat menumpukan kepada perbicaraan Anwar, maka dia menekan swis baru dengan dakwaan bahawa jutawan Low Taek Jho (Jho Low) telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Anwar mendakwa bahawa PM sangat tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

No comments:

Blog Archive