Monday, May 10, 2010

Kononya Karpal "grill" Saiful; Karpal Cuba Kaitkan Najib: 1,700 Ahli PKR Keluar Parti

Di mahkamah hari ini dalam soalan balas Karpal Singh terhadap saksi utama Mohd Saiful Buhkari Azlan Karpal cuba berlakon sebagai ustaz dengan mengatakan bahawa Saiful bukan lah pengamal agama islam yang suci, kerana pada hari kejadian sehingga 28 jun Saiful tidak mandi wajib.

Karpal cuba mempersoalkan pegangan agama Saiful. Cubaan Karpal ini, mungkin ada kaitan dengan sumpah laknat Saiful.

Di samping itu Karpal juga mempersoalkan perjumpaan Saiful dengan Datuk Seri Najib pada 24 Jun 2007. Karpal mengaitkan bahawa akibat perjumpaan tersebut, maka Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama. Berasaskan kepada fakta ini, maka Karpal menekankan bahawa kerana Saiful berjumpa Najib, maka Saiful membuat laporan polis, ini lah dakwaan dan teori Karpal Singh.

Sementara itu kira-kira 1,700 ahli dan penyokong PKR dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi.

Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat Kulim.

Hadir sama di majlis tersebut ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian, pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan.

Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin."

Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria, Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Ahmad Bashah mendakwa ramai lagi penyokong dan anggota PKR dan PAS di Kedah dijangka keluar parti untuk menyertai BN tidak lama lagi.

Ananthan yang juga Ketua MIC Kulim/Bandar Baharu berkata perkembangan itu menunjukkan masyarakat India di Kedah telah sedar kesilapan mereka menyokong pakatan pembangkang.

Katanya Pusat Khidmat Masyarakat MIC DUN Lunas di Taman Cekur Manis telah menyelesaikan lebih 2,000 masalah yang dihadapi

No comments:

Blog Archive