Monday, May 10, 2010

Disebalik Kegeringan Sultan Kelantan

Dua saudara Sultan Tengku Rozan dan Salwani mendakwa bahawa Raja Permaisuri Kelatang adalah jenis wanita "queen control".

Dakwaan mereka ini berasas kepadanya gagalnya mereka berjumpa Sultan Kelantan samada semasa di rawat di Singapura ataupun di tanah air.

Mereka mendakwa bahawa Raja Peramisuri itu mengawasi semua pelawat termasuk doktor-doktor yang menjalankan rawatan kepada Sultan.

Dikhabarkan juga bahawa seorang jururawat HUSM Kubang kerian telah membuat laporan polis berhubung tingkah laku permaisuri Sultan Kelantan tersebut.

Dua suadara perempuan Sultan Kelantan ini juga mendakwa bahawa Tengku Anis menggunakan khidmat bomoh untuk merawat Sultan.

Namun apakah sebenarnya yang berlaku akibat daripada kegeringan Sultan ini? Dikhabarkan bahawa Tengku Anis tidak berkenaan atas perlantikan anakanda Sulong Sultan Tengku Fariz untuk memangku Raja, pilihan Tengku Anis adalah Tengku Temenggong Tengku Fakhry.. suami kepada Manohara yang lari daripada suaminya ketika berada di Singapura pada tahun lepas.

Isu larinya Manohara mendapat liputan media massa kerana dakwaan wanita Indonesia itu mendakwa didera sedemikian rupa oleh suaminya.

Isu Sultan Kelantan semakin memuncak apabila awal minggu lepas, rombongan Sultan Kelantan yang sepatutnya berlepas ke Singapura untuk tujuan rawatan susulan telah dicegah daripada berangat oleh pasukan UTK polis yang lengkap dengan senjata yang mengakibatkan penangkapan Tengku Fakhry dan ibuandanya dilayan seperti "lembu".

Ekoran penahanan Sultan Kelantan dalam HUSM, Tengku Fakhry membuat permohonan membebaskan Sultan, dimana permohonan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana hakim yang mendengarnya tidak cukup kourum.

Akibat kegeringan Sultan Kelantan ini juga, terjadi perang mulut antara Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan dengan Ibrahim Ali wakil rakyat bebas asal Kelantan, yang mendakwa bahawa krisis istana Kelantan adalah akibat gagalnya MB Kelantan itu memberi nasihat kepada Pemangku Sultan, Tengku Fariz.

Dalam perkembangan lain Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra telahpun dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 5.15 petang semalam.

Baginda diiringi Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Hamid dan doktor peribadi, Dr Amir Ramli, lapor Star Online.

Mereka bertolak dari kawasan hospital di Kubang Kerian, di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat, menuju ke Istana Mahkota yang terletak kira-kira 900 meter dari situ.

Menurut laporan itu lagi, peguam Gobind Singh Deo mengesahkannya dan berkata beliau akan berbincang dengan pasangan diraja itu sebelum memutuskan tindakan udang-undang selanjutnya.

Gobind adalah salah seorang peguam yang memfailkan writ habeas corpus di Mahkamah Khas Putrajaya Jumaat lalu untuk "membebaskan" sultan dan membolehkan baginda mendapatkan rawatan perubatan pilihannya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Ismail Petra berangkat pulang ke Istana Mahkota hari ini setelah tahap kesihatan baginda di dalam keadaan stabil dan mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata Sultan Kelantan dibawa pulang setelah lima hari menjalani rawatan susulan masalah jantung di HUSM dan setelah panel 10 pakar perubatan menjalankan pemeriksaan ke atas status kesihatan baginda.

"Tuanku Al-Sultan dibawa keluar menerusi perkenaan Pemangku Raja Kelantan yang memberi titah membenarkan Tuanku Al-Sultan dibawa pulang ke Istana Mahkota. Titah itu dibuat selepas tahap kesihatan Tuanku Al-Sultan berada dalam keadaan stabil.

"Tuanku Al-Sultan akan berehat di Istana Mahkota dan baginda kini dalam keadaan stabil serta berada di bawah pengawasan doktor,"

Pada malam Selasa lepas, Sultan Kelantan dibawa ke HUSM atas pilihan Pemangku Raja Kelantan untuk baginda menjalani rawatan susulan di situ.

Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan telah melantik panel 10 pakar perubatan untuk memeriksa tahap kesihatan Sultan Kelantan dan mereka menjalankan pemeriksaan itu sejak dua hari lepas.

No comments:

Blog Archive