Thursday, March 18, 2010

Surat Karpal Suruh Anwar Bertaubat Ada Persamaan Dengan Pendedahan Zaharin Di Dewan Rakyat

Jika ditelusuri surat kenyataan Karpal Singh yang dibuatpada 8.2.2009, selepas rancangan 16 September Anwar gagal, ada persamaan dengan pembongkaran Zaharin di dewan rakyat semalam.

Walaupun Karpal Singh tidak membuat perincian, namun secara tersirat memang pembohongan Anwar itu adalah sama sepertimana pendedahan Zaharin.

Kalau sekiranya Karpal Singh tidak diberitahu sepertimana pendedahan Zaharin, tidak munasabah Karpal Singh meminta Anwar bertaubat dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Disebabkan Karpal Singh merasa tertipu, maka dia mengeluarkan kenyataan seperti itu pada 8.2.2009.

Semalam di dewan rakyat Zaharin mendedahkan bagaimana Anwar menipu semua wakil rakyat samada daripada PKR. DAP dan PAS, bahawa dia (Anwar) telah ada cukup wakil rakyat barisan nasional bersedia untuk melompat untuk membolehkan Yang Dipertuan Agong melantiknya sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Anwar juga mengelirukan para wakil rakyat, bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk berjumpa 30 wakil rakyat BN dan salah seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat telah bersedia mengumumkan bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri.

Anwar juga menipu wakil-wakil rakyat, bahawa Angkatan tentera Malaysia (ATM) memberi sokongan kepadanya untuk dilantik sebagai perdana menteri.

"Georgetown:
8.2.2009

Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim wajib meletak jawatan kerana menganggu gugat kedudukan gabungan PR, kata Pengerusi Kebangsaan Parti DAP.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan, dan menyatakan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut perlu "bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka". Beliau berkata Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin, pemimpin yang baik, dan beliau menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

"Saya tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan parti saya sendiri, samada penasihat parti Lim Kit Siang ataupun Setiausaha Agong Lim Guan Eng dalam isu lompat parti tersebut".

"Kelihatannya mereka menyokong Anwar bukannya saya. Saya adalah Pengerusi parti; jangan tolak saya sangat kerana saya masih mempunyai sokongan akar umbi" beliau memberitahu sidang media dipejabatnya.

Apabila ditanya apakah beliau akan memanggil mesyuarat tergempar mengenai masa depan parti didalam gabungan ini, Karpal berkata beliau sedang memikirkan untuk berbuat sedemikian.

"Saya tidak boleh membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara yang benar, dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada pakatan ini dan saya ulangi kembali pendirian saya hari ini".

"Melompat parti tidak boleh dihalalkan kerana ianya boleh dibandingkan saperti seseorang mmembunuh ibubapa yang melahirkannya hanya setelah dia mencapai dewasa" beliau menambah.

"Beliau menyatakan beliau terpegun bagaimana Anwar boleh secara terbuka menggalakkan lompat parti setelah rakyat memberi mandat yang meyakinkan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas".

No comments:

Blog Archive