Saturday, March 06, 2010

Sodomy II: Sokongan Dalam Negara Merosot Sekali AnwarTerpaksa Minta Sokongan Rakyat Indonesia

Dikhabarkan bapa Anwar ke Jakarta. Tujuan bapa Anwar ke Jakarta adalah untuk berjumpa Adnan Buyong Nasution peguam kawakan sejak zaman Soeharto. Adnan Buyong adalah kawan karib Anwar sejak Anwar masih TPM lagi.

Di Jakarta nanti bapa Anwar Datuk Ibrahim akan berusaha menghimpun 1 juta tandatangan daripada rakyat Indonesia untuk diberikan kepada Presiden Amerika Barack Obama yang akan melawat negara jiran itu bulan ini. (Nota: Penduduk Metropolitan Jakarta sahaja telah mencecah 15 juta, tandatangan satu juta, terlalu mudah dicapai).

Tujuan mengumpul tandatangan ini adalah usaha unjukrasa rakyat indonesia bahawa mereka membantah sodomy II yang dihadapi Anwar.

Anwar yang sangat gelisah berdepan dengan sodomy II turut melibatkan bapaknya sebagai duta peribadinya ke negara jiran Indonesia untuk mendapat sokongan.(Nota: semasa lawatan AYT ke Jakarta 2 tahun lalu; metropolitan Jakarta telah berubah wajah dibanding tahun 80-an, Jika dahulu hubungan antara sesama jenis tidak lah berlaku dikhyalak ramai, namun kini pemandangan seumpama itu telah menjadi biasa). Berasaskan kepada gambaran ini, usaha mendapat tandatangan 1 juta tidak sukar untuk mencapainya,mungkin dalam masa seminggu tandatangan sebanyak itu sudah akan diperolehi.

Setelah Anwar berpuas hati bahawa sokongan negara-negara barat yang umumnya mengiktiraf perhubungan sejenis,kurang mendapat perhatian negara ini, maka kini Anwar beralih kepada negara-negara jiran. Tujuan ini mempunyai muslihat tertentu, kerana Anwar tahu, bahawa kalau melakukan huruhara seperti demonstrasi, maka perlu peserta yang ramai. Anwar tahu bahawa warga Indonesia atau negara-negara jiran terlalu ramai di Malaysia. Melalui pendekatan ini, maka jika masa telah sampai untuk melakukan huruhara, maka mudah bagi Anwar membayar orang-orang ini untuk ikut berdemonstarsi.

Anwar terlalu gelisah berdepan dengan sodomy II. Kejadian ini sama sewaktu Anwar merebut jawatan Timbalan Presdien UMNO daripada Ghafar Baba. Masa itu, bapa Anwar begitu aktif berjumpa ketua-ketua bahagian Umno (sudah tentu membawa habuan daripada Anwar) untuk mencalonkan Anwar. Hyatt Kota Kinabalu menjadi markas Datuk Ibrahim, masa itu, AYT terlalu kerap melihat berbag-bag duit di bawah masuk ke bilik khas bapa kepada Anwar ini.

Gelisahan Anwar semakin bertambah-tambah, selain berdepan sodomy II, dia juga berdepan dengan berkeluarannya wakil-wakil rakyat terutama dari parti isteri Anwar, yakni PKR.

Hilang kepercayaan dan hilang arah tuju parti PKR merupakan alasan yang diberikan oleh para pemimpin yang keluar itu. Walaupun alasan yang diberikan itu berpunca daripada mulut para wakil rakyat itu, kalangan "firaun kecil" menurut Zulkefli Nordin, menuding ke arah Najib, bahawa Najib lah puncanya para wakil rakyat ini berkeluaran.

Disebabkan pemimpin PKR seperti Zaid Ibrahim, yang terkenal kerana melaluinya wang kerajaan dibelanjakan hanya membayar hakim-hakim yang dipecat kerana salah laku, menuding jari kepada Najib, walaupun tiada apa-apa bukti penglibatan perdana menteri itu.

Yang jelas, Anwar and the geng termasuk bapanya tersangat gelisah berdepan dengan sodomy II terpaksa meminta sokongan rakyat jiran kerana sokongan dalam negara terlalu kurang.

No comments:

Blog Archive