Sunday, March 21, 2010

Sejauh Mana Umno Menggunakan Laman Sosial Seperti Facebook, Twitter dan Blog?

Pengguna laman sosial seperti Facebook, twitter dan blog memang seperti wabak di negara ini, terutama selepas tahun 1998.

Laman sosial yang bersifat interaktif ini menjadi kegemaran terutama mereka yang telah dilahirkan selepas tahun 60-an.

Penyampaian media arus perdana umpamanya yang bersifat "self control" menjadikan media itu kurang digemari masa kini.

Impak laman sosial sangat terasa pada PRU-12, di mana pihak pembangkang kerajaan menafaatkan laman ini untuk berkomunikasi dengan massa.Buktinya, rakyat yang dilengakpi dengan prasarana internet terutama di bandar-bandar menerima maklumat dan berita daripada media ke-tiga ini (laman sosial) membeli isu dan menerimanya, sehinggakan wakil-wakil kerajaan yang bertanding di kawasan-kawasan ini kecundang.

Negeri selangor,Pulau Pinang dan Perak adalah negeri maju. Kita menyaksikan bahawa kawasan-kawasan yang terdedah dengan jaringan laman sosial, telah menolak kerajaan yang telah memerintah negara ini sejak tahun 1957.

Mengingat hebatnya laman sosial ini, maka setelah Najib dilantik sebagai perdana ke-6 negara ini, telah mengambil tindakan, bahawa salah satu media interaktif antara para pemimpin dengan rakyat adalah melalui laman sosial.

Datuk Seri Najib telah melancarkan laman blognya 1Malaysia.com.my, kemudian facebook dan twitter untuk dirinya.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga telah melancarkan blognya sendiri awal tahun ini my-malaysia.com.my.

Walaupun pemimpin No.1 dan No.2 negara telah mempergunakan laman sosial ini sebagai media interaktif antara pemimpin dengan rakyat, ramai juga para pemimpin parti dan kerajaan belum yakin dengan laman sosial ini.

Ada beberapa pemimpin kerajaan atau parti yang AYT kenal namun tidak rapat,memperkecil impak laman sosial ini. Ada pemimpin kawasan di mana AYT dilahirkan, menganggap bahawa laman sosial ini, belum memberi impak kepada minda rakyat.Malah pemimpin itu berkata "Penat-penat sahaja kamu tulis blog, tiada yang baca dan kalau adapun yang baca rakyat tidak akan terpengaruh-demikian kata pemimpin kanan parti Umno itu".

Namun menurut temuan Dr Abu Hassan bahawa 92% rakyat Malaysia mengikuti media baru ini dibanding media arus perdana (jika temuan ini signifikan), maka persepsi pemimpin kanan parti Umno tidak relevan.

Jika pendapat pemimpin kanan Umno ini masih dipegang oleh ramai pemimpin parti itu, AYT khuatir,bahawa parti Melayu ini kehilangan TOUCH.

Bulan lalu, misalnya Ketua penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan misalnya pernah berkata" membaca blog- lama-lama kita bisa goblok" Jika trend seumpama ini masih melekat kepada para pemimpin Umno, dikhuatirkn, pada PRU-13 parti yang menjadi tunggak kepada BN ini akan kehilangan TOUCH terutama rakyat yang berumur antara 21-50 tahun.

Di Sabah misalnya penulis Blog tidak mendapat penghargaan atau tidak mendapat di hati para pemimpin negeri. Mereka lebih mengutamakan para penulis upahan,kerana para penulis upahan ini, akan menulis sesuai dengan skrip mereka.

Manakala penulis blog menulis apa adanya, fakta yang sebenarnya tanpa berselindung.

No comments:

Blog Archive