Tuesday, March 09, 2010

Secara Moralnya Anwar Perlu Lepas Jawatan Ketua Pembangkang

Apabila parti yang diwakili Anwar dalam parlimen mengecut kerana keluarnya 4 wakil rakyatnya, secara moralnya Anwar perlu lepaskan jawatan ketua pembangkang.

Lazimnya parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam satu-satu gabungan atau komponen,maka parti itu yang akan dipilih sebagai ketua. Berkaitan dengan gabungan 3 parti pembangkang di parlimen, kini DAP 28 kerusi, diikuti PKR 27 kerusi (parti Anwar) dan PAS 23 kerusi.

Walaupun DAP melalui Lim Kit Siang awal-awal lagi telah menyokong Anwar, namun secara moralnya Anwar perlu letak jawatan. Kini, Anwar tidak boleh lagi dipanggil sebagai de facto leader Pakatan,memandangkan jumlah kerusi parti yang diwakilinya jauh lebih kecil.

Secara metematik,Lim Kit Siang yang layak menjadi ketua pembangkang di parlimen. Lim Kit Siang telah terbiasa sebagai ketua Pembangkang,manakala Anwar ini lah julung-julung kalinya.

Anwar yang mengelar dirinya sebagai pemimpin umum PKR dan de facto leader Pakatan, kini dia tidak boleh lagi menjawat gelaran itu. Hal ini disebabkan, Anwar telah gagal sebagai pemimpin umum, selain berkeluarannya para wakil rakyat baik parlimen mahupun dewan undangan, akan tetapi juga para ahlinya diperingkat cabang-cabang. Minggu lepas seramai 100 ahli di cabang Anwar sendiri yakni di Cabang Pematang Pauh keluar PKR dan menyertai Umno. Awal minggu ini, seramai 120 ahli PKR di Papar Sabah juga keluar PKR dan masuk Umno.

Anwar kini kehilangan 9 wakil rakyat (parlimen dan adun) selepas pilihanraya umum 2008. Kehilangan ini bukan kerana kalah melalui PRK,namun wakil-wakil rakyat itu keluar kerana kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.

Anwar kini berhadapan dengan krisis kepimpinan, terutama persepsi rakyat terhadap kes sodomy IInya. Kini, Anwar terpaksa membuat tipu muslihat dengan mempergunakan Yusof Qardawi ulama Mesir, yang kononnya menyokong Anwar dalam kes sodomy II. VCD yang diedarkan oleh Anwar mengenai penadapat ulama Mesir itu, tidak diketahui kebenarannya, kerana ianya dirakam oleh kumpulan Anwar. Samaada rakyat akan terpengaruh dengan alibii Anwar ini, hanya masa yang menentukan. Namun apapun usaha Anwar, yang penting bagaiamana dia menepis fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak pedakwaan dan bukti langsung daripada Saiful Bukhari Azlan, apabila sodomy II disambung pada 25 Mac ini.

Memandangkan dua isu yang utama yang dihadapi Anwar, yakni isu politik dan peribadi, maka sewajarnya lah Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.

No comments:

Blog Archive