Thursday, March 11, 2010

Sayonara Nik Aziz UMNO Tidak Perlu Kamu!!

Kisah lama kerjasama Pas-Umno semasa Tun Razak sangat menghantui Nik Aziz. Sebarang kerjasama Pas-Umno selagi Nik Aziz ada tidak mungkin. Nik Aziz malah menuduh Umno despredo terhadap Pas.

Kenapa kah Umno sangat terigih-igih berkerjasama dengan Pas? jawapannya mudah! pimpinan Umno melihat hasil PRU-12, dan 9 PRK selepas itu, di mana hanya 2 yang dimenangi UBN.

UBN melihat bahawa hanya sokongan kaum melayu dan bumiputra sahaja akan dapat mengekalkan kedudukan UBN se masa PRU-13. UBN melihat bahawa sokongan kaum India dan Cina, tidak dapat ditembus, kerana komponen UBN MCA, MIC dan gerakan tidak mampu lagi menarik kaum india dan cina memilih UBN.

Dalam usaha menarik pengundi cina misalnya, ketua pegerakan wanita MCA merasa ke hadapan dengan mendesak menteri dalam negeri mengiktiraf anak kandungan teman wanita mendiang Teoh Beng Hock sebagai anak sah, walaupun semua ajaran agama mengatakan bahawa anak luar nikah tetap sahaja anak luar nikah.Desakan MCA itu termakbul juga akhirnya. Anak teman bersekedudukan Teoh Beng Hock dinamakan atas nama "TEOH".

Anggapan bahawa UBN telah lemah mengakibatkan ada pemimpin UBN yang keluar parti dan masuk parti pembangkang. Chua Jui Meng dan rakan misalnya telah keluar MCA dan masuk PKR, disusuli SS Subramaniam mantan naib presiden MIC, juga masuk PKR.

Melemahnya sokongan terhadap UBN selain anggapan kerana keputusan-keputusan PRK akan tetapi isu-isu semasa yang melanda negara. Isu ISA, SPRM, PDRM dan badan kehakiman terus dimainkan oleh pihak lawan, sehinggakan sedikit sahaja cela yang disebabkan oleh badan-badan ini akan terus di gembar gemburkan, seolah-olah kiamat dah hampir tiba. Ini lah isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang menjelang penutup tahun 2009.

Kini, tahun 2010, senerio telah berubah. Ekoran bermulanya sodomy II, wujudnya firaun-firaun kecil dalam PKR, menyebabkan ramai rakan Anwar yang berkualti meninggalkan Anwar.

Berpunca daripada serangan awal Zulkefli Noordin terhadap kempimpinan PAS dan PKR yang tersangat taksub terhadap DAP, kemudian disusuli oleh serangan Zaharin Hashim terhadap Lim Guan Eng, maka berkeluaran lah mereka daripada PKR. Setakat ini telah 9 wakil rakyat PKR telah keluar daripada parti itu.

Impak yang paling ketara adalah apabila 2 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP keluar daripada Pakatan, maka kecundanglah kerajaan Pakatan Perak, pada 5 Februari 2009.

Jika sebelum ini, UBN berada pada tahap bertahan kerana ada mantan-mantan pemimpin UBN keluar, namun kini imbangan itu cukup ketara.

Zulkefli Noordin ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu misalnya PKR salah satu gabungan Pakatan, akan hancur tidak lama lagi selagi firaun-firaun kecil masih berada dalam parti itu.

Selain itu, kreadibilti pemimpin umumnya Anwar telah sirna kerana sodomy II dan 16 September 2008 yang hanya bohong.

Ekoran pembohongan Anwar mengenai 16 September 2008, Karpal Singh pengerusi DAP meminta Anwar bertaubat dan perlu disingkirkan daripada de facto leader Pakatan.

Jika pada awal tahun 2009 UMNO masih berminat dengan kerjasama PAS untuk bergabung demi perpaduan Melayu, kini Umno tidak memperlukannya lagi. Pas bukan lagi parti menarik bagi kaum melayu, kerana kaum melayu telah tahu bahawa parti itu telah berubah arah. Parti Pas telah menghalalkan semua cara demi kuasa, termasuk memperjudi agama.

Kewujudan PERKASA PERIBUMI NEGARA sebuah pertubuhan NGO yang mesra UBN, telah mengisi kekosongan yang dicari-cari Umno daripada Pas. Perkasa kini, dirasakan lebih berimpak tinggi di mata kaum melayu dan bumiputra dibanding PAS.

Kecurigaan Nik Aziz terhadap UMNO dalam usaha Umno mengwujudkan kerajaan Perpaduan dengan PAS, kini tidak berbaloi untuk dibahas lagi, faktor itu telah menjadi sejarah.

Umno kini lebih suka Pas terus berada dalam Pakatan, kerana Umno merasakan bahawa selagi PAS berada dalam Pakatan, maka semangat bersatu di kalangan kaum melayu dan bumiputra semakin kental.

Sayora Nik Aziz, UMNO Tidak Perlu Kamu!!

No comments:

Blog Archive