Saturday, March 20, 2010

Saranan Tun Musa Hitam Bercanggah Kehendak Nik Aziz : Nik Aziz Tak Nak Wang Ehsan, Hanya Royalti

Nik Aziz tak nak wang ehsan, hanya royalti. Saranan Tun Musa Hitam agar wang ehsan dibayar kepada kerajaan negeri bercanggah dengan kehendak Nik Aziz.

Wang ehsan adalah sumbangan kerajaan persekutuan kepada rakyat Kelantan. Salah kah rakyat Kelantan yang berafiliasi dengan barisan nasional untuk menguruskannya.

Awang Adek adalah rakyat jati Kelantan. Apa kah senator ini tidak layak untuk mengurus wang yang hanya RM 26 juta?.

Kata orang putih " is not a big deal" wang sebesar RM 26 juta bukan lah banyak sangat.

Bantuan kerajaan persekutan kepada negeri Kelantan selama RMK-9 mencapai RM 9 bilion, namun rakyat Kelantan tetap sahaja memilih Pas sejak tahun 1990.

Kerajaan Pusat melalui Pengerusi Perhubunga Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad memberitahu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan pengagihan wang ehsan. Ekoran itu, kerajaan negeri Kelantan dijemput menghantar wakil untuk menyertai jawatankuasa itu namun ia ditolak oleh kerajaan negeri kerana tidak mengiktirafnya.

Sebelum ini, anggota Parlimen Umno dari Gua Musang yang merupakan bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, mengikut perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang beliau sendiri tandatangani, wang tunai lima peratus dari hasil minyak yang diperolehi dari perairan Kelantan perlu dibayar kepada kerajaan negeri. Perjanjian itu pula tidak menghadkan tiga batu nautika sahaja tetapi seluruh perairan Kelantan.Namun, kenyataan ini telah disanggah oleh perjanjian petrolium negara yang telah digubal pada tahun 1974.

No comments:

Blog Archive