Saturday, March 06, 2010

Royalti Minyak: Gertak Pas; Ibarat Gertak Sambal: Pedas Pada Awalnya

Keengganan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan hak Kelantan untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak mungkin akan menyebabkan isu itu dibawa ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya tidak boleh menolak kemungkinan isu itu akan di bawa ke jalan raya jika kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berdegil menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak.

"Rakyat sudah berhimpun di dalam stadium dan majlis-majlis ceramah mengenai isu royalti untuk menyatakan bantahan mereka terhadap keengganan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

"Di Kelantan kini ceramah diadakan setiap malam seolah-olah menghadapi pilihan raya dan kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan mereka membantah sikap degil Umno itu," katanya.

Jika bantahan rakyat yang disuarakan melalui kehadiran mereka dalam perhimpunan besar di stadium dan juga siri-siri perhimpunan dalam ceramah umum itu tetap tidak dipedulikan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak dapat menolak kemungkinan mereka akan berhimpun di jalan raya pula.

"Bukan di Kota Bharu, tetapi di Kuala Lumpur. Bukan sahaja anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur dan rakyat Kelantan yang datang beramai-ramai dari negeri itu, malah seluruh rakyat yang cintakan keadilan akan berhimpun," kata Salahuddin.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan kerajaan Najib supaya jangan menafikan kehendak rakyat dengan menolak royalti minyak kepada Kelantan.

Bagaimanapun, Razaleigh segera menafikan bahawa beliau mahu memimpin revolusi seperti itu.

Beliau juga menyifatkan kerajaan pusat berlagak seperti 'Godfather' apabila enggan membayar bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan berlagak seperti Godfather walaupun kuasa mereka datang dari 13 negeri," kata Razaleigh sambil menyamakan sikap menindas Putrajaya dengan sikap ketua penjenayah.

Sehingga kini, tidak ada tanda kerajaan pimpinan Najib mahu mematuhi perjanjian antara Petronas dengan kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975.

Bagi AYT kenyataan Pas ini hanya gertak sambal, pedas pada awalnya sahaja. Rakyat tidak bodoh seperti yang difikirkan Salehuddin. Negara ini telah biasa menghadapi gertak sambal seumpama ini. Tahun 1998, apabila Anwar dipecat, rakyat yang mendakwa reformis dan menyokong Anwar, turun ke jalan juga, namun hasilnya hanya merugikan mereka sendiri.

Kini apabila Pakatan dapat memerintah negeri-negeri tertentu, para reformis itu diketepikan seperti sampah jalanan, kerana asal juga sampah jalanan.

Jika benar seperti yang didakwa naib presiden Pas itu, maka rakyat yang ikut itu akan menjadi sampah jalanan, akan menjadi anjing kurap di tengah jalan yang tidak bernilai langsung.

Teruskan berdemostrasi, jika itu pilihan anda. Ramai lagi rakyat akan menentang cara anda itu. Ingat, barsian nasional masih di sokong 137 kerusi parlimen masih memerintah, sebahagian besar rakyat masih mahu kerajaan barisan nasional. Jangan bermain api, nanti api itu memakan diri sendiri.

Pas dalam isu royalti Kelantan akan terus mencuba memesongkan fakta demi menarik undi, percaya lah masih ramai rakyat tidak akan terpengaruh dengan cara anda.

Majoriti rakyat tidak akan menyokong kerana permintaan yang kosong, majoriti rakyat masih berpegang kepada yang hak dan lojik.

No comments:

Blog Archive