Wednesday, March 17, 2010

Pendedahan Zaharin 16 September Anwar: Anwar Cabut Keluar Dewan

Pendedahan Zaharin Hashim wakil rakyat Bayan Baru, Pulau Pinang yang baru sahaja keluar daripada parti PKR dalam ucapan sulungnya sebagai wakil rakyat bebas di parlimen hari ini berintipati kepada pendedahan bagaimana Anwar memperdaya wakil-wakil rakyat, baik daripada PKR, DAP mahupun PAS.

Disebabkan pendedahan itu sungguh memalukan, maka Anwar terpaksa cabut lari daripada dewan rakyat kerana tidak tahan mendengar ucapan Zaharin terutama menceritakan pelbagai pembohongan Anwar dalam menjayakan gerakan 16 September bagi mengambilalih pentadbiran negara daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Semasa Anwar berjalan keluar dewan, ahli-ahli Parlimen BN menjerit “jangan keluar, jangan keluar” ketika melihat tindakan Anwar keluar Dewan.

Zahrain antara lain berkata, untuk menyakinkan ramai pemimpin dan penyokong PKR serta pakatan pembangkang, termasuk Pas dan Dap, Anwar kononnya sudah mendapat persetujuan YDP Agong dan akan mendapat sokongan Angkatan Tentera Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri

MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang sebelum ini bayangkan akan buat kejutan, petang ini, kata, dia sendiri terkejut dengan tindakan Zahrain.

Zulkifli kata, pendedahan Zahrain itu memang betul.

Zahrain Hashim dalam ucapan sulungnya sebagai MP Bebas telah mendedahkan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh Anwar terhadap MP PKR. Kisah di sebalik tabir 16 September yang merupakan dongengan Anwar didedahkan oleh Zahrain kepada Parlimen. Anwar telah membuatkan mereka percaya bahawa peralihan kerajaan akan berlaku pada September 16, 2008. Lalu, pada ketika itu, berlaku suasana yang agak kecoh di Malaysia.

Zahrain mendedahkan bahawa Anwar telah memberitahu mereka bahawa YDP Agong telah perkenan untuk melantik Anwar menjadi PM kerana berjaya mendapat jumlah mencukupi MP BN yang menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan dan menggulingkan kerajaan BN. Anwar juga dikatakan telah memberitahu bahawa YDP Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk tujuan tersebut.

Semasa ucapan Zahrain itu, suasana dewan Parlimen menajadi agak gamat dan panas dengan sorakan dari MP BN. Sementara itu, Anwar pula menuduh Zaharai hanya berminat dengan kuasa dan jawatan.

Zahrain kemudiannya menjerit kepada Anwar. dengan kata-kata Awak Jangan Bohong!!!.

Disebabkan tidak tahan dengan pendedahan Zahrain serta sindiran daripada MP BN, Anwar terus keluar meninggalkan Dewan.

Terserlah lah bahawa Anwar sebenarnya seorang pengecut dikala berdepan dengan kebenaran, namun di kala berdepan dengan fitnah dan pemutarbelitkan fakta, Anwar adalah rajanya.

No comments:

Blog Archive