Thursday, March 18, 2010

Pekong 16 September Anwar Terburai: Zaharin Dedahkan Semuanya

Anwar tidak sanggup mendengar pendedahan wakil rakyat bebas Bayan Baru Zaharin Hashim, Anwar terpaksa keluar persidangan dewan rakyat hari ini.

Bagaikan bom meletup bagi Anwar.Kejadian ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selaku Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.

Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya yang berakhir pada jam 5 petang.

Segalanya bermula bila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahas kedua.

Tanpa banyak membuang masa dan di luar dugaan para Ahli Parlimen dan pembangkang,beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau mendakwa antaranya mereka diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi membolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan.

Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

Dakwanya lagi mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka.

”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya.

Menurutnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan ini telah mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat.

Ini bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk mempertikaikan pendedahan Zahrain.Pada ketika yang sama para ahli parlimen Barisan Nasional berteriak membantah.

Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.

Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen Barisan Nasional yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain. Anwar keluar dewan pada jam 5:10 petang, namun Zahrain pula meneruskan ucapannya.

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.

Zahrain akan menyambung ucapannya esok.

Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Noordin membenarkan pendedahan Zahrain itu merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

”Ini bukan kejutan saya.Saya yang terkejut”katanya.

Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul

Anwar tidak mampu menyangkal lagi seluruh pembohongannya selama ini. Rakyat ditipu dan dibohongi Anwar.

Disebab semua pembohongan Anwar terbongkar dan terburai, dia tidak sanggup mendengarnya. Dia terpaksa keluar dewan. Begini kah sifat pemimpin yang diagung-agungkan oleh Pakatan. Anwar takut berdepan dengan kebenaran, namun bagaikan singa jika berdepan dengan kepalsuan dan kemungkaran.

Sayonara Anwar!!! Kepura-puraan kamu semuanya terdedah!

No comments:

Blog Archive