Monday, March 01, 2010

Pakatan Mula Bermain API

Berikut salinan artikel daripada SUARA BEBAS TUARAN. AYT memelihara keasilan tulisan ini, maka AYT menyalin kesemua isi tulisan sepertimana yang terdapat dalam blog tersebut. Setelah pembaca selesai membaca tulisan tersebut, dipengujungnya AYT membuat ulasan. terima kasih.

Petang tadi, kira-kira jam 6.30 petang saya telah menghadiri perhimpunan pidato perdana bertempat di perkarangan rumah Datuk Kalakau Untol di kg Roun Tuaran . Dalam kiraan saya, perhimpunan tersebut telah di hadiri oleh Lebih kurang 1200 orang penduduk tempatan dan luar daerah. Termasuk beberapa orang pegawai-pegawai polis dari cawangan khas Pusat dan Tuaran.

Pada saya, kehadiran pehak polis ini ada lah untuk memantau keselamatan disamping mengumpul maklumat untuk di lapur ke Ibu Pejabat mereka.

Selain dari itu, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dan Nasional juga telah dijemput hadir. Antara yang saya kenali ada lah Hj Ansari, Tarmin, Dr Jeffry, Edward Linggu, Dr Chong Eng Liong,Pajudin, John Ghani, Halik Zaman, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongan. Dan beberapa orang pemerhati dari golongan Liga Bebas ( saperti saya dan Dr Saijan).

Antara Mereka yang telah berucap pada petang tadi ada lah terdiri dari Wakil PAS, Hj Ansari, Datuk Kalakau Untol dan di akhiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saperti biasa, kebanyakan isi kandungan ucapan mereka berkisar kepada isu kelemahan kerajaan BN, terutama sekali UMNO. Antara lain yang mereka tekan ada lah gejala rasuah pemimpin UBN, campur tangan kerajaan UBN dalam sistem mahkamah negara dan Hak-hak rakyat Sabah dalam Malaysia menerusi ‘Point 20’ yang telah hampir-hampir dimansuh kan oleh kerajaan masa kini.

‘Off Course’ mereka juga telah ketengahkan bahawa betapa perlu nya parti pembangkang di beri peluang untuk memerentah kerajaan Malaysia selepas PRU13 nanti.

Dalam pada itu, saya juga telah membuat kajian ringkas mengenai pendapat mereka yang hadir tentang kes Sodomy Anwar.

Kebanyakan mereka tidak setuju kes Anwar di besar-besarkan di mahkamah. Kerana kata mereka, kes ini telah disalah gunakan untuk mengaibkan Anwar daripada mencari keadilan sebenar nya. Kes ini, sepatutnya di adili di mahkamah anak negeri atau pun Syariah, tambah mereka.

Agak menarik juga, bilamana Kalakau dengan tegas dan berani menyentuh perkiraan; sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kerajaan nanti, PKR akan mengulang kaji beberapa perkara penting untuk rakyat Sabah dalam ‘point 20’.

Antara lain, keperluan untuk memansuhkan agama rasmi di Malaysia ini.Laporan penuh blog tersebut disini

Yang AYT ingin ulas adalah isu yang dibangkitkan oleh Kalakau Untol yakni, KALAU PAKATAN MENANG, MAKA AGAMA RASMI (YAKNI ISLAM) AKAN DIMANSUHKAN.

Kenyataan kalakau ini teringat AYT kepada pembongkaran oleh Zulkefli Nordin Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Kulim- Bandar Baharu. Nordin membongkar muslihat Pakatan, jika Pakatan memerintah negara ini, pertamanya sistem raja berpelembagaan akan dihapuskan, dengan demikian negara ini akan menjadi negara republik. Kedua menghapuskan keistimewaan melayu dan bumiputera, kerana negara ini akan ditadbir urus sepertimana dalam konsep MIDDLE MALAYSIA TAJAAN DAP. Dengan adanya kenyataan Kalakau Untol ini, maka telah sah bahawa jika Pakatan memerintah, maka agama rasmi negara yakni Islam akan dihapuskan.

Perlu kita ingat Pakatan adalah gabungan antara DAP-PKR-PAS. Dap memperjuangkan Malaysian Malaysianya sekarang diubah kepada middle Malaysia. PKR pula berjuang agar Anwar menjadi perdana menteri. Sementara itu PAS ingin menjadikan negara ini negara islam.

Dari 3 ideologi ini telah jelas bahawa gabungan 3 parti parti tidak akan wujud lama, parti-parti ini akan hancur berkecai. Tambahan lagi, sejak akhir-akhirnya terlalu ramainya pemimpin Pakatan terutama daripada PKR keluar parti kerana telah hilang kepercayaan kepada Anwar. Bagi parti PAS, para pemimpinnya tidak akan keluar secara individu, namun secara berkumpulan. Memandangkan isu yang dibongkar oleh Zukefli Nordin dan pengsahan oleh Kalakau Untol didepan Anwar Ibrahim sendiri, maka AYT perkirakan gabungan Pakatan ini akan rebah. Kenapa rebah? pertama kerana Anwar kehilangan sokongan akibat sodomynya, kedua parti Pas akan keluar Pakatan, kerana matalamat DAP dan sebahagian pemimpin Pakatan terutama yang bukan beragama islam, memperjuangkan agar agama rasmi negara yakni islam di hapuskan.

Pernyataan Kalakau ini merupakan pernyataan subrisif, kerana itu, kalau kerajaan tidak membendungnya, keharmonian beragama negara ini akan porak peranda. Keharomnian beragama di Malaysia sekarang hampir tercalar kerana isu kalimah Allah yang diperjuangkan Herald- The Catholic Weekly, agar mereka dibenarkan menggunakan Allah bagi mengganti perkataan GOD. Anwar Ibrahim sendiri berpendirian, bahawa Allah bukan monopoli orang islam. Nik Aziz pula walaupun sebelumnya bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain selain islam, MB Kelantan itu menariknya semula.

Anwar kini dalam keadaan kepanasan dan mahakelamkabut. Di lain pihak para pemimpin PKR termasuk wakil rakyatnya satu per satu meninggalkannya. Anwar kini juga dalam keadaan disprate, terpaksa juga menerima individu seperti Kalakau Untol dalam kemnya.

No comments:

Blog Archive