Friday, March 12, 2010

Nik Aziz Curiga Ustaz Nasa Hadir Bersama TPM

Tahun 2009 apabila isu kerajaan perpaduan (unity government) menjadi topik utama antara Umno dan Pas, nama Ustaz Nasa dikaitkan sama.

Pada masa itu Nik Aziz melenting sehinggakan MB Kelantan itu meminta Ustaz Nasa mengosongkan kerusi parlimen Bachok yang kebetulan berada di Kelantan.

Perbincangan UG tersangat hangat dan panas sehinggalah menjelang PRK Manek Urai.Disebabkan memuncaknya isu UG terus diperbincangkan, sehingga masa itu, Pengarah pilihanraya Pas bagi kawasan Manek Urai mengeluarkan arahan agar Presiden parti Dato' Haji Hadi Awang tidak diperlukan di Manek Urai. Malah poster Hadi Awang juga tidak dibenarkan di pasang di Manek Urai.

Gandingan antara Hadi-Nasa, yang juga Presiden dan Timbalan presiden parti Pas dikaitan dengan UG, kerana berpunca daripada lontaran idea Hadi sendiri, demi penyatuan kaum melayu.

Isu UG ini reda, apabila Nik Aziz memberi kata dua kepada Presiden dan juga timbalan presiden.

Namun perkembangan terkini, Nik Aziz merasa berang lagi, apabila Ustaz Nasa didapati hadir sama bersama TPM Tan Sri Muhiyiddin pada satu majlis, pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Muhyiddin Yassin di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Di kalangan PAS kini kehadiran Ustaz Nasa itu dicurigai. Apa kah benar desas desus yang bertiup, bahawa ada beberapa wakil rakyat PAS akan keluar parti itu, sepertimana didakwa oleh mantan setiausaha agung PKR Dato' Salehuddin Hashim.

No comments:

Blog Archive