Tuesday, March 09, 2010

Mohsin Fadzli Samsuri Keluar PKR Bukan Sebab Tawar Menawar

Jika SMS Mohsin Fadzli Samsuri wakil rakyat Bagan Serai,Perak yang baru sahaja keluar PKR itu tulien, maka ternyata dolak dalik Anwar yang sebelum ini mengatakan bahawa wakil-wakil rakyat PKR berkeluaran kerana ada tawar menawar yang dilakukan Najib adalah palsu dan bohong.

Ahmad Awang Ahli Majlis Syura Ulama Pas mengatakan bahawa dia menerima satu SMS daripada Mohsin - memberi jaminan tidak akan menyokong BN, kini disebar di kalangan pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu juga berkata bahawa melalui SMS tersebut juga menjelaskan sebab Mohsin keluar parti pada Rabu minggu lalu.

Ahmad Awang berkata bahawa Mohsin ada hantar mesej pada beberapa orang yang dekat dengannya (di Bagan Serai). Mohsin cuba beri perjelaskan sebab beliau mengambil tindakan (keluar parti) itu.Kononnya, walaupun sudah keluar parti, beliau memberi jaminan tidak akan menyebelahi BN (di parlimen.

Serakap jarang yang dilontarkan oleh para pemimpin Pakatan amnya dan PKR khususnya dimana mereka mendakwa bahawa berkeluarannya wakil rakyat mereka kerana ada proses tawar menawar serta pancingan daripada Najib dan Umno adalah fitnah.

Benarlah pendedahan Zulkefli Nordin, bahawa semua slogan Pakatan itu ada lah palsu belaka. Slogan Pakatan hanya merupakan gimik dan palsu hanya semata-mata untuk memesongkan rakyat demi mendapat undi.

Pakatan tidak henti-hentinya bersandiwara. Misalnya semalam apabila mereka berkumpul di Kg Baru Kuala Lumpur, tanpa permit polis, mereka memutar belitkan fakta, bahawa polis menyerbu perjumpaan mereka. Pihak polis hanya meminta mereka bersurai,kerana perjumpaan itu tiada permit. Ini lah dolak dalik Pakatan. Peraturan telah jelas dan nyata, namun mereka tidak mahu mengikut undang-undang.

Permohonan permit adalah mudah, namun mereka sengaja mengabaikan peraturan,kerana mereka senantiasa mahu membuat provokasi terhadap pasukan keselamatan dan undang-undang.

Pendekatan Pakatan yang senantiasa melanggar undang-undang ini adalah pendekatan manusia-manusia yang tidak bertamadun, lebih teruk daripada hukum rimba.

Para pemimpin Pakatan juga penuh dengan sifat pembohongan dan penabur fitnah. Cara mereka ini secara jangka pendek mungkin berjaya, namun jangka panjang akan punah untuk selama-lamanya.

Sama-sama kita saksikan sekarang ini, bagaimana Anwar kehilangan kepercayaan daripada rakan-rakannya serta penyokongnya. Lihat sahaja bagaimana sambutan atau sokongan kepada Anwar di hari-hari dia menghadapi sodomy II. Para penyokongnya hilang, lengang, kalau pun ada adalah para penyokong buat-buatan, yakni diupah untuk datang menyokong.

Lambat laun semua pembohongan para pemimpin Pakatan akan terbongkar dengan sendirinya, kerana niat jahat itu pasti tidak akan dapat bertahan lama.

No comments:

Blog Archive