Wednesday, March 10, 2010

Mohsin: Ahmad Awang Anjur Solat Hajat Kerana Dendam

Solat hajat yang akan dianjurkan oleh Ahmad Awang Ahli Majlis Ryura Ulama Pas Sabtu ini adalah solat hajat kerana dendam.

Bersolat hajat untuk Mohsin Fadzli Samsuri tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada ahli parlimen bagan Serai, Perak itu, kerana nawitu solat hajat itu berasaskan dendam, kerana Ahmad Awang terpaksa tidak bertanding di kawasan itu pada tahun 2008 kerana memberi laluan kepada Mohsin.

Dendam adalah nawitu Ahmad Awang. Bersolat hajat kerana dendam tiada faedahnya, tindakan Mohsin keluar daripada PKR tidak memudaratkan sesiapa, malah tindakannya itu demi kebaikan para pengundi yang telah mengundinya.

Selain itu alangkah eloknya jika niat bersolat hajat Ahmad Awang itu bertujuan agar pembunuhan orang-orang islam di Palestan tidak dilakukan oleh kaum yahudi.

Sebenarnya masih banyak yang boleh diminta daripada Allah melalui solat hajat, dibanding bersolat hajat ditujukan khas kepada Mohsin Fadzli Samsuri kerana semata-mata kerana keluar PKR.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, solat hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya - supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabuangan itu - gagal ditunaikan.

Jangan-jangan solat hajat ini akan menimpa Ahmad Awang sendiri, sama dengan doa Nik Aziz yang mendoakan kerajaan Barisan Nasional agar ditimpah bencana, akhirnya Nik Aziz sendiri ditimpah bencana, dengan terbongkarnya kes menantunya termasuk rasuah penajaan haji ke tanah suci.

No comments:

Blog Archive