Wednesday, March 31, 2010

Lim Kit Siang Tiada Isu Lagi: Muhyiddin Itu Tetap Melayu!!!

Lim Kit Siang tiada isu lagi. Mempersoalkan Muhyiddin melayu kah? 1Malaysia?. Persoalan begini ini, nampaknya Kit Siang sendiri memang tidak mahu memahami apa itu konsep 1Malaysia.

1Malaysia bukan mencinakan melayu, bukan juga memelayukan cina, demikian juga bukan memelayukan india dan seterusnya.

1Malaysia adalah konsep untuk mempererat hubungan antara kaum yang manjemuk di negara ini. Sama seperti kata Najib semasa PM itu pulang ke Pekan, Pahang sebaik sahaja dilantik sebagai perdana menteri, 1Malaysia adalah konsep yang telah lama ada, namun belum dizahirkan ketika itu.

Cabaran Lim Kit Siang kepada Muhiyiddin untuk meletakan jawatan jika gagal mengakui mana yang utama 1Malaysia kah melayu, adalah cabran provokasi dan dangkal. Cabaran ini bermotifkan politik murahan, kerana Lim sendiri tahu bahawa Muhiyiddin itu melayu.

Boleh kah ditanya semula,kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang, di ketuai oleh Lim Guan Eng, kalau benar-benar Lim Kit Siang itu berpernisip Malaysian Malaysia yang gagal itu dan sekarang ini middle Malaysia, berikan jawatan ketua menteri Pulau Pinang kepada Melayu, dan buktikan bahawa kerajaan DAP tidak menindas kaum melayu.

Cabaran Lim Kit Siang ini, seolah-olah dalam 1Malaysia itu, tiada lagi ras di Malaysia ini, kerana melayu telah bertukar jadi cina, cina bertukar jadi bajau, india bertukar jadi iban.

Begini lah sikap manusia yang tidak faham apa itu konsep 1Malaysia, kerana ikut-ikutan, maka memperdangkal pengertiannya, sehingga menimbulkan polimek.

Cabaran Lim Kit Siang dirasakan kerana konsep DAP yang sebelum ini adalah Malaysian Malaysia dan sekarang pula menajdi middle Malaysia, tidak mendapat sambutan dan sokongan, kerana itu, konsep yang mula bertapak di hati rakyat seperti 1Malaysia, diputar belit, agar rakyat menjadi keliru.

Tugas kerajaan selepas ini semakin berat untuk memberi penjelasan konsep 1Malaysia, kerana nampaknya pihak pembangkang mencipta berbagai isu untuk mengagalkannya.

Sebelum ini Anwar Ibrahim mengatakan bahawa konsep 1Malaysia ada kaitan dengan One Israel, dan terkini pula Lim Kit Siang membuat cabaran kepada TPM.

Bagi AYT, apapun cabaran dan dakwaan pemimpin Pembangkang, samada Anwar atau Lim Kit Siang, rakyat tidak lagi mudah terpengaruh, kerana rakyat telah tahu bahawa pembangkang hanya mampu menipu dan berbohong.

Pendedahan beberapa bekas pemimpin pembangkang, menunjukkan, bahawa para pemimpin pembangkang adalah pakar tipu helah.

No comments:

Blog Archive