Friday, March 12, 2010

Layanan Istimewa Polis Terhadap Anwar

BELUM pernah terjadi dalam siastan polis, para wartawan,jurugambar dan yang lain-lain dibenarkan menonton atau menyaksikan sepanjang siasatan tersebut.

Di Malaysia kejadian ini telah berlaku dan benar-benar berlaku

Dua hari lalu (10 Mac ) siastan polis terhadap Anwar ekoran beberapa laporan mengenainya di mana Anwar dikatakan menyentuh laporan kes mahkamah yang masih dibicarakan.

Portal berita agenda daily misalnya mengatakan bahawa itu boleh dicatat dalam buku Malaysia Book of Records.

Ini lah kejadian pertama di negara ini, bahawa siasatan pihak polis cukup terbuka dan sangat istimewa. Dengan kejadian ini, maka Anwar Ibrahim sudah cipta rekodnya yang tersendiri.

Yang menjadi persoalan selepas ini, sesiapa sahaja warganegara akan menunut keistimewan sepertimana yang Anwar perolehi. Hak sebagai warganegara adalah sama, apa kah seseorang warganegara itu mencuri ayam kah, telur kah malah pencopet. Sebagai warganegara adalah berhak dilayani sepertimana yang didapat oleh Anwar Ibrahim. Jika pihak polis tidak memberi layanan sepertimana layanan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim, maka pihak polis akan dicemoh dan dituduh sebagai double standard dan tidak adil.

Anwar disiasat berhubung ceramahnya dalam empat acara berasingan di Pulau Pinang bulan lalu menyentuh kes pembunuhan Altantuya, kes jet hilang, penyalahgunaan kuasa berhubung pembelian kapal selam dan kes liwatnya.

Ini ekoran daripada empat laporan, tiga dibuat oleh polis sendiri dan satu lagi dari seorang “rakyat prihatin.”

Keempat-empat kesalahan itu didakwa dilakukan di Kepala Batas, Seberang Jaya, Batu Maung (Bayan Baru), Kampung Padang Tembak (Bukit Bendera) dan Kubang Semang (Permatang Pauh).

Kira-kira 50 wartawan jurugambar dibenarkan mengambil gambar dari luar bilik kaca itu. Prosiding mengambil keterangan itu berlangsung kira-kira sejam.Ia bermula sejurus anggota polis itu tiba jam 11.30 pagi .
Para wartawan dan jurugambar itu dijemput oleh ibupejabat PKR yang awal-awal memberitahu mereka dibenarkan merakamkan prosiding itu.

Ibupejabat PKR sudah atur prosiding beri keterangan itu dibuat dalam bilik berkaca itu untuk kemudahan wartawan dan jurugambar melihatnya.

Anwar ditemani oleh peguamnya Yusmady Yusof dan R Sivarasa.

Ia satu sejarah kerana sebelum ini belum pernah prosiding memberi keterangan polis ini disaksikan oleh wartawan dan jurugambar.

Bercakap pada sidang media selepas itu Anwar seperti biasa mendakwa ia salah satu usaha pemimpin UMNO menggunakan polis untuk menekan pemimpin-pemimpin parti pembangkang.-

“Apabila pemimpin yang bersikap diktator merasa terdesak mereka biasanya menggunakan pelbagai langkah untuk menekan, termasuk menggunakan polis,” katanya.

Anwar punya hal...semuanya jadi serba boleh…

Hal begini memang bukan menjadi amalan…namun zaman sekarang ini semuanya dah jadi serba boleh.

Ibupejabat PKR Rabu menghantar jemputan kepada media untuk melihat prosiding Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan pada polis berhubung kandongan ceramahnya di seluruh negara menyentuh kes liwatnya yang didakwa menghina mahkamah.

Menurut email kepada media polis akan ambil keterangan itu jam 11 pagi Khamis di Aras 3, Ibu Pejabat KEADILAN, Merchant Square, Tropicana,Petaling Jaya.

Kata email itu jurukamera berpeluang merakamkan prosiding soal siasat tersebut.

Difahamkan prosiding itu akan dibuat dalam bilik kaca untuk membolehkan gambar diambil.

Mengikut amalan biasa prosiding polis ambil keterangan dibuat dalam bilik tertutup dan jurugambar tidak dibenar merakamnya.

Namun setakat ini tidak pasti samaada pihak polis sendiri akan memberi kebenaran atau tidak pada jurugambar merakamnya.

Kata email itu lagi selepas itu media boleh mendapatkan respon dari Anwar sendiri berkenaan prosiding keterangan polis itu yang didakwannya tindakan terbaru pihak polis demi menghalang beliau dari mempertahankan dirinya yang difitnah kali kedua.

Sebaliknya apa yang menjadi persoalan ramai ialah bagaimana Anwar dengan bebas bercakap menyentuh tentang hal-hal berkaitan kes liwatnya yang sedang dalam perbicaraan.

Dari sudut perundangan ia satu perbuatan yang menghina mahkamah.

Beberapa laporan polis telah dibuat keatas kandongan ceramahnya.

No comments:

Blog Archive