Wednesday, March 03, 2010

Khalid Ibrahim Awal-Awal Dah Tahu Apakan Jadi Pada Wakil Rakyat Bebas

Khalid Ibrahim sudah tahu apa akan jadi pada wakil rakyat bebas samaada yang berasal dari PKR atau parti Pakatan lain. Dalam masa tertentu mereka akan menjadi wakil rakyat bebas sementara,kemudian akan bertukar wakil rakyat bebas mesra barisan nasional.

Khalid menyangkal bahawa akan terjadi blok wakil rakyat bebas di parlimen atau blok kuasa ke tiga.

Dalam menghibur hatinya,Khalid menyatakan bahawa dengan keluarnya wakil-wakil rakyat dan para penyokong serta pemimpin parti tersebut merupakan ketikanya parti menjalankan konsolidasi dan penambah baikkan. Ini lah ubat pengelipur lara menteri besar Selangor itui apabila dalam kurang sebulan berduyun-duyunnya para pemimpin PKR keluar daripada parti itu.

Komen Khalid tidak sama dengan Dr Mansor Othman TKM1 Pulau Pinang. TKM1 Pulau Pinang itu menyeru sesiapa sahaja pemimpin atau penyokong parti yang merasa kecewa terhadap pimpinan parti, hendak lah segera meninggalkan parti itu, kerana keahlian parti tidak akan berkurang, memandangkan terdapat permohonan 30,000 keahlian setiap bulan.

Sementara itu Saifuddin Nasution mengatakan bahawa keluarnya para wakil rakyat berserta pemimpin parti yang lain tidak mendatangkan apa-apa bencana kepada parti, melainkan parti akan terus bertambah kuat. Saifuddin dengan bangganya mengatakan kini parti PKR mempunyai keahlian 500,000, atas dasar itu,keluarnya sebilangan kecil ahli atau pemimpin sekalipun, tidak akan menganggu kekuatan parti.

Berkeluarannya para pemimpin parti PKR ini mendapat reaksi dari semua peringkat kepimpinan PKR. Semalam Anwar mendakwa bahawa berkeluarannya para pemimpin parti ini disebabkan oleh Najib dan Rosmah Mansor. Sementara itu Timbalan Presiden PKR Husin Ali mengatakan bahawa semua para pemimpin parti yang keluar itu merupa liabiliti kepada parti. Husin Ali juga mengatakan bahawa wakil rakyat atau mantan wakil rakyat yang keluar parti adalah mereka-mereka yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan sepertimana yang mereka harapkan.

Bagi AYT apapun ulasan yang diberikan oleh para pemimpin PKR yang masih lagi memimpin pada masa ini, adalah dakyah lapuk. Rakyat sendiri sudah lama mengetahui, bahawa apa yang diperkatakan oleh para pemimpin parti yang keluar itu benar-benar berlaku. Bagi barisan nasional atau pun rakyat patisan, telah mengetahui sejak Pakatan memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Fairus Khairuddin sendiri telah merasakan semasa menjadi TKM1 Pulau Pinang, Fairus bagaikan tunggul, tidak diberi peranan apapun, walaupun dalam portfolionya nampak gah, namun semua keputusan diputuskan sendiri oleh Lim Guan Eng. Demikian juga Zaharin, MP Bayan Baru itu terasa sangat bagaimana sikap LGE yang diktator itu. Zaharin sendiri merasakan bagaimana tunduknya Anwar kepada LGE.

Pendedahan Zulkefli Nordin,bahawa jika Pakatan memerintah maka sistem raja berperlembagaan akan ditukar kepada republik berkiblatkan kepada middle malaysia, tajaan DAP.

Pendedahan Salehuddin Hassim, mantan setiausaha agong PKR,bahawa "pelukan mesra " yakni mengutama  orang baru dan membiarkan orang lama terkapai-kapai adalah keutamaan para pemimpin atasan PKR. PKR juga dipenuhi dengan para pemimpin kroni Anwar dan sosialis pimpinan Husin Ali dan pemimpin chauvinis pro DAP.

Para pemimpin PKR sudah terlambat berkonsolidasi diri mereka, kapal PKR telah bocor. Bocor kapal ini terlalu besar, sehingga sukar ditampal lagi.

Benarlah kata Khalid Ibarahim, bahawa dia tahu ke mana arah wakil-wakil rakyat ini. Dia menjawab sendiri, mereka ini akan ikut serta pada kapal besar yang tidak tengelam.

Salah kah para wakil rakyat ini untuk ikut dalam kapal besar, selain menyelamatkan diri, para pengundinya akan terikut serta. Seperti kata Osman Jailu, mantan ADUN PKR yang menjadi wakil rakyat bebas mesra BN di DUN Perak, sejak menjadi ADUN bebas mesra BN, banyak peruntukan yang dapat disalurkan kepada rakyat yang diwakilinya. Dengan keluarnya wakil-wakil rakyat Pakatan ini, dan akan menjadi ahli bebas mesra BN, yang diuntungkan adalah rakyat yang mereka wakili. Jika mereka tetap bertahan dalam Pakatan, hanya diri mereka sahaja yang mendapat elaun bulanan, sedangkan rakyat yang mengundi mereka tidak dapat dibantu. Berbaloi kah rakyat mengundi mereka, jika keperluan pengundi yang mengundi mereka terabaikan selama sepenggal? Mereka tidak mahu pengundi yang mengundi mereka menjadi mangsa, kerana itu tepat lah bagi Zaharin Hahsim dan Tan Bee Beng keluar PKR/Pakatan.

Sementara itu dakwaan mantan Salehuddin bahawa akan ada 10 orang wakil rakyat Pakatan akan ikut jejak Zaharin tan Bee Beng. Siapa kah mereka? Mansor Othman juga mengatakan bahawa ada 5 pemimpin PKR akan keluar termasuk wakil rakyat dalam masa terdekat, siapa kah mereka? Yang menjadi teka teki adalah pendirian Zuklefli Nordin ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu. Sebelum ini wakil rakyat ini telah diperkatakan akan keluar PKR, namun hingga kini sandiwaranya belum selesai-selesai. Semalam YB dari kedah ini mempertikai jawatankuasa LtDL kerana menurutnya Menteri Besar Kelantan tersebut di hina, kerana tidak diberi peluang melepaskan perlumbaan awal berbasikal itu.

Untuk maklumat pembaca sekarang ini dewan rakyat diwakili oleh 137 kerusi daripada BN, 29 kerusi daripada PKR, 28 kerusi daripada DAP, 23 kerusi daripada PAS dan 5 kerusi wakil rakyat bebas. BN memerlukan 148 kerusi untuk mengkontrol dewan rakyat dengan kuasa 2/3, oleh itu hanya 11 kerusi diperlukan oleh BN untuk menjadikannya menguasai 2/3 undi dewan rakyat. Akan tercapai kah matalamat BN ini?

BN tidak salah menerima sokongan wakil rakyat bebas, kerana sebenarnya pihak Pakatan lah yang mencanangkan pada bulan jun 2008, bahawa adalah digalakan wakil rakyat BN jump ship kepada Pakatan. Yang mencanangkan idea itu adalah Anwar sendiri. Sementara itu,Nik Aziz juga meminta rakyat berdoa agar kemusnahan akan berlaku pada BN. Hakikatnya, doa Nik Aziz itu termakbul, dan menimpa kepada mereka sendiri.

Yang jelas, pada masa ini, parti PKR menanti untuk tenggelam, seperti mana tenggelamnya kapal Titanic di lautan utara. Apa kah game konsolidasi dan penambah baikkan masih berlaku?? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive