Thursday, March 11, 2010

Kenapa Zulkefli Noordin Takut Sangat Nak Sebut Siapa Firaun-Firaun Kecil ITU?

Hingga kini Zulkefli Noordin masih berkias dan belum menamakan siapa kah yang dimaksudkan dengan firaun-firaun kecil dalam PKR.

Zul bukan lagi ahli PKR, namun apa kah sebab musababnya hingga kini masih bermain sandiwara terutama mengenai firaun-firaun kecil dalam parti asalnya itu.

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR gagal ditangani.

Dia juga ada  membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi.

"Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.

Zulkifli juga berkata beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Zulkifli, seorang peguam, dipanggil lembaga disiplin parti bagi menjawab isu laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS yang merupakan sekutu PKR, berhubung penggunaan kalimah Allah.

Beliau bagaimanapun bertindak keluar daripada perbicaraan selepas enggan diadili oleh anggota panel bukan Islam. Pada 6 Mac lepas beliau dipecat daripada PKR.

Sebelum itu beliau pernah mendakwa ada kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR berusaha memastikannya dipecat daripada parti.

Zulkifli berkata beliau juga telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan jerayawara (roadshow) bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baharu.

"Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan anggota Parlimen yang lantang bersuara itu berkata beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya.

Zulkifli berkata selepas pemecatannya banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Blog Archive