Wednesday, March 10, 2010

Kenapa Pemimpin Pas Takut Zulkefli?

Para pemimpin Pas cukup takut kepada Zulkefli Noordin!Kenapa? Sebab perjuangan Zulkefli meneggakkan islam lebih baik dibanding mereka.

Para pemimpin Pas termasuk Nik Aziz telah lari jauh-jauh dari perjuangan asas Pas,yakni meneggakan agama islam.

Pas kini memperjudikan agama demi politik dan kuasa. Mereka kemaruk sangat dengan kuasa, sehingga apa sahaja yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng mereka tereskma dan menjadi pak turut yang luar biasa.

Pas kini menjadi kuda tunggangan DAP. Contohnya pada PRK Bagan Pinang Negeri Sembilan, yang bertanding adalah Pas, namun jentera pilihanraya semuanya di atur dan dan dikontrol DAP. Akhirnya, bukan kemenangan yang didapat akan tetapi kekalahan teruk.

Pas kini di mana-mana menjadi kuda tunggangan DAP, di Pulau Pinang, di Selangor dan Perak. Pas adalah kuda belasahan dan seperti hamba kepada DAP.

Atas hakikat ini lah, para pemimpin Pas takut sangat kepada Zulkefli Noordin. Jika wakil rakyat ini masuk Pas, takut-takut tembelang para pemimpin Pas yang suka berserban dan berketayap putih itu akan terbongkar kehipokratian mereka.

Pemimpin Pas seperti Mahfuz Omar tersangat takut sifat hipokrasinya terbongkar kalau Zul kembali ke dalam Pas.

Mahfuz Omar lah yang memberi gelaran Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi kepada Anwar Ibrahim, namun kini, sanjungan luarbiasa Mahfuz berikan kepada Anwar.

Jika sebelum sodomy I, Mahfuz lah yang beria-ia sangat menyerang Anwar, namun kini menerusi sodomy II, Mahfuz diam seribu bahasa, malah ikut rentak Anwar, mencuba menafikan sodomy II.

Dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bahawa wujudnya 'badut hingusan' dalam PAS, tidak perlu di layan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz, juga ahli parlimen Pokok Sena diminta mengulas kenyataan Zulkifli - yang dipecat daripada PKR Sabtu lalu - bahawa terdapat “badut hingusan” dalam parti itu yang melatah susulan ura-ura penyertaan kembali beliau dalam PAS.

Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, beliau geli hati dan pelik dengan gelagat pemimpin itu yang melenting dengan perkara tersebut sedangkan beliau tidak pernah memohon bagi menyertai semula parti Islam itu.

Menjelang dan selepas Zulkifli dipecat daripada PKR Sabtu lalu, beberapa pemimpin kanan PAS dilaporkan menolak penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu dengan mengambil kira “setiakawan dalam Pakatan Rakyat”.

Selain Mahfuz, beberapa pemimpin PAS yang turut dilaporkan membantah hasrat beliau itu, antaranya dua lagi naib presiden PAS - Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli - turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAS.

Manakala setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula sebelum ini membayangkan gelapnya masa depan Zulkifli dalam parti itu.

Salahuddin juga enggan memanjangkan lagi perdebatan berhubung penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu.

"Saya tidak mahu komen, biarkan dia," katanya, senada dengan pandangan rakan sejawatannya itu.

No comments:

Blog Archive