Monday, March 01, 2010

Kapal PKR Bocor: Lubang Bocor Terlalu Besar: Sukar Ditampal Lagi

Kapal PKR mulai bocor.Kebocoran kali ini terlalu besar sukar ditampal lagi. Sejak bulan lepas kapal PKR mengalami lambungan ombak yang luar biasa. Ombak sebesar yang menenggelamkan kapal Titanic di lautan utara.

Ombak pertama membadai PKR adalah sodomy II. Ombak kedua adalah keluarnya Zaharin daripada PKR. Ombak ketiga adalah ombak yang datangnya bergolong-golong, dimulai dengan keluarnya wakil rakyat Nebong Tebal Tan Bee Beng. Bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim hari ini mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR.Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137.Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti.Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti.

Semalam semasa berucap sempena menyambut tahun baru cina di Dewan Kian Kok Kota Kinabalu Anwar menyalahkan para wakil rakyat yang meninggalkan PKR. Menurut Anwar mereka semua bermasalah. Ada lah lebih baik bagi mereka keluar, sebelum mereka merosak PKR dari dalam ini lah ucapan Anwar. Anwar mencuba menunding jari pada para pemimpin PKR yang keluar ini, namun Anwar lupa bahawa 4 jari menuding ke arahnya. Rakyat sudah tahu, bahawa lambat laun para wakil rakyat akan keluar satu demi satu, agar Anwar terasa sakitnya secara perlahan-lahan. Mereka tidak mahu keluar serentak, kerana mereka mahu Anwar merasakan bagaimana sakitnya mereka berada dalam PKR.

Anwar kini, tidak mampu lagi membendung tengelamnya PKR, seperti tenggelamnya kapal Titanic di lautan utara.

Anwar datang ke Sabah hanya mampu mendapatkan mantan wakil rakyat yang telah ditolak bebebara kali oleh rakyat di kawasannya sendiri, di mana dia dilahirkan  dan dibesarkan. Sakitnya Anwar tidak mungkin boleh diubati oleh seoarang mantan wakil rakyat yang sudah di tong sampahkan di Sabah.

Anwar tidak mampu lagi membendung wakil-wakil rakyatnya meninggalkannya, walaupun dalam ucapannya dalam bahasa mandrin sempena Tahun Baru Cina anjuran Pakatan di Kota Kinabalu semalam.

Dalam majlis perjumpaan pada malamnya di rumah Kalakau Untol, yang dihadiri lebih kurang 1,200 orang Anwar menjaja, kes liwatnya, bahawa kes liwat itu adalah konspirasi Najib untuk menjatuhkannya dan tidak menjadi penghalang kepada Najib pada PRU-13 akan datang.

Namun, apa pun yang diperkatakan Anwar ini, mereka telah biasa mendengarnya. Kenapa? semasa Anwar masih TPM, dia juga lah memberi tahu rakyat Sabah, bahawa tiada pilihan lain di negara ini, kecuali Umno-BN. Parti DAP adalah parti racist, Pas adalah parti islam yang fanatik. Kerana itu, parti DAP dan PAS tidak boleh diberi sokongan sama sekali. Demikian lah ucapan Anwar masa itu, di dewan Kian Kok juga. Jadi, kesegaran daripada ucapan Anwar itu masih lagi fresh diingatan para pendengarnya yang itu-itu juga.

Kali ini Anwar datang, memburukkan Umno-BN, dan mengatakan pula, tiada lagi yang boleh memerintah negara dengan adil dan samarata,kecuali Pakatan. Anwar lupa hadirin yang datang semalam, ada juga hadirin semasa dia masih TPM. Anwar salah sangka, bahawa yang hadir itu adalah pro-Pakatan, di sini lah Anwar silap, kerana politik Sabah terlalu sukar untuk di baca. AYT juga hadir mendengar ucapan Anwar yang berapi-api itu, tetapi AYT tahu itu lah cara dan kebolehan Anwar.

Yang jelas, Kapal PKR telah bocor, terlalu sukar untuk ditampal lagi. kerana itu, wahai pemimpin PKR atau para penyokongnya selamatkan lah diri anda sebelum kapal itu tersadai di dasar laut yang dalam. Bagi Parti Pas, elok lah bersedia meninggalkan Pakatan, biarkan DAP dilambung ombak dan Badai bersama PKR.

No comments:

Blog Archive