Sunday, March 21, 2010

Jawatan Presiden MCA: Tiga Calon Bertembung

Selepas sahaja Dr Chua Soi Lek mengakhiri lawatan ke Sabah, dia mengumumkan bertanding jawatan No.1 parti.

Sebelum ini Ong Tee Kiat adalah calon pertama yang bertanding jawatan No.1 parti, kemudian disusuli oleh mantan presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Semalam Ong Tee Kiat juga melawat Sabah untuk menemui 137 perwakilan Sabah yang boleh menghadiri perhimpunan MCA pada 28 Mac ini.

Bertembungnya tiga calon yang dianggap "giant" dalam MCA ini sukar diramal siapa kah yang akan menang pada persidangan MCA itu.

Kembalinya Ong Ka Ting merebut semula jawatan presiden MCA merupakan tindakan pertama seorang mantan presiden parti itu.

Sebelum ini Ka Ting pernah berkata, bahawa dia bukan dewa MCA. Dia menawarkan diri demi panggilan akar umbi untuk menyelamatkan parti. Ka Ting juga berkata, dia bertanding bukan berasaskan team, namun sebagai ahli MCA yang ingin menjadikan parti sebagai salah satu tunggak dalam barisan nasional.

Satu persoalan apa kah pertandingan tiga penjuru ini boleh menyelesaikan kemelut MCA? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive