Saturday, March 13, 2010

Hanya Hadir Bersama TPM: Ustaz Nasa Dicurigai

Nik Aziz dan konco-konconya dalam Pas termasuk Khalid Samad Pesuruhjaya Pas yang digantung 6 bulan kerana masalah displin parti terlalu curiga terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden Pas.

Hanya kerana hadir bersama TPM sempena pelancaran Buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Muhyiddin Yassin di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Ustaz Nasa dicurigai sejak awal tahun 2009, apabila cetusan idea Presiden Pas Dato' Hadi Awang mengenai Kerajaan Perpaduan (Unity Government) yang disokong oleh Ustaz Nasa.

Sejak saat itu, Ustaz Nasa dan Hadi Awang dicuragi oleh para pemimpin yang berada dalam kem Nik Aziz.

Pada Pilihanraya kecil Manek Urai, pengarah pilihanraya Pas bagi DUN Manek Urai mengeluarkan arahan bahawa Hadi Awang dan Ustaz Nasa tidak dibenarkan berkempen di situ, kerana mereka tidak disenangi oleh rakyat Kelantan.

Gambar Hadi Awang juga tidak dibenarkan ditampal di mana-mana kawasan Manek urai,kerana mereka mendakwa, Presiden Pas itu akan membawa kekalahan kepada calon Pas yang bertanding.

Walaupun Ustaz Nasa berbaik semula dengan Nik Aziz,kerana Timbalan Persiden itu meminta maaf kepada Nik Aziz, namun kipasan para pemimpin yang tidak senang kepadanya terus mencanangkan berbagai tohaman kepada Ustaz Nasa.

Apabila Ustaz Nasa didapati hadir bersama Tan Sri Muhuiddin pada satu majlis pada 9 Mac lalu, maka kipasan yang selama ini dicanangkan di telinga Nik Aziz mengena. Kehadiran Ustaz Nasa pada majlis itu menguatkan tuduhan kepadanya bahawa dia tidak setia kepada Pas, melainkan sebagai agen Umno dalam Pas.

Kali ini selain Nik Aziz,Khalid Samad juga meminta penjelasan daripada ustaz Nasa, atas sebab apa dia hadir ke majlis bersama TPM.

Apa kah kehadiran Ustaz Nasa ini ada kaitan dengan dakwaan mantan setiausaha agung PKR Dato'Salehuddin Hashim, bahawa ada 10 wakil rakyat Pakatan akan keluar daripada gabungan 3 parti itu,kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada puncuk pimpinan Pakatan terutama Anwar Ibrahim.

Berbagai isu dan desas desus berkibar, bahawa selain Ustaz Nasa, tian Chua juga salah seorang wakil rakyat Pakatan yang akan keluar parti tidak lama lagi.

Hanya kerana hadir, maka ustaz Nasa telah dicurigai, namun apabila Nik Aziz hadir bersama PM pada 4 ogos, 2009 semasa perasmian pembangunan wilayah timur (ECER) tiada pula yang mencurigai Nik Aziz.

Sebenarnya dalam Pas kini, apapun yang dilakukan oleh Ustaz Nasa dan Hadi Awang, akan terus dicurigai oleh Nik Aziz dan konco-konconya.

Sampai bila kah Hadi Awang, Ustaz Nasa dan para wakil rakyat yang sealiran dengan mereka bertahan dalam penuh kecurigaan ini? Hanya masa yang menentukan.

No comments:

Blog Archive