Tuesday, March 16, 2010

Empat Hari Solat Hajat: Mohsin Fadzli Samsuri Tetap Dengan Nawaitunya

Keluarnya Mohsin Fadzli Samsuri daripada PKR merupa hijrah. Hijrah dari parti yang hipokrit kepada perjuangan untuk rakyat.

Kini Mohsin merasa lega,kerana dapat menenuhi hati nuraninya tanpa terikat dengan sesiapa.

Ahmad Awang Ahli jawatankuasa syura ulamak Pas yang telah menganjurkan solat hajat agar Mohsin ditimpah bencana oleh Allah subhanawatala, wakil rakyat Bagan Serai itu tetap dengan nawaitunya, yakni membebaskan diri daripada cengkapan parti yang tidak membela agama rasmi negara ini.

Sudah empat hari Ahmad Awang dan murid-muridnya mengadakan solat hajat, namun Mohsin tetap sahaja dengan pendirian, malah semangatnya bertambah-tambah membela para pengundi Bagan Serai, kerana solat hajat itu, mempunyai niat salah, yakni berasaskan dendam kesmuat Ahmad Awang terhadapnya.

Mohsin menafikan bahawa dia takut berdepan dengan rakyat pengundinya,namun dia bimbang ancaman daripada mereka-mereka yang bukan pengundinya.

Mohsin dilaporkan berkata beliau 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

No comments:

Blog Archive