Tuesday, March 02, 2010

Dr Mansor Othman TKM1 Pulau Pinang Tak mahu Keluar PKR kerana Belum Kecewa

Hebat sungguh kata TKM1 Pulau Pinang ini. Dia langsung tidak kesah jika para pemimpin PKR termasuk wakil rakyat keluar parti itu, kerana menurutnya, tiap tahun ada 30,000 orang memohon menjadi ahli PKR.

Dengan nada sinis TKM1Pulau Pinang meminta dengan segera, sesiapa sahaja ahli atau wakil rakyat yang kecewa terhadap puncuk pimpinan PKR agar supaya keluar daripada parti itu dengan seberapa segera.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu, Dr Mansor Othman menjangka sekurang-kurangnya lima lagi ahli parti itu termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi.

Bagi PKR sesiapa sahaja yang keluar daripada parti itu akan dicap "KECEWA DAN KURANG PRESTASI" kerana itu mereka keluar. Orang yang berperstasi seperti Dr Mansor Othman ini tidak akan keluar PKR, kerana pertama ada jawatan atau kedudukan dalam kerajaan, kedua ada jawatan atau kedudukkan dalam parti. Kerana prestasi ini,maka Mansor Othman, belum kecewa dan tidak akan kecewa,kerana matalamatnya tercapai, yakni untuk mendapatkan kedudukan dan habuan.

No comments:

Blog Archive