Sunday, March 28, 2010

Di Sebalik Sokongan Negara Luar Kepada Anwar

Semalam Sultan Kedah bertitah pilih pemimpin yang tidak dicocok hidung oleh orang luar. Maksud Sultan Kedah itu tidak menyebut mana-mana pemimpin, namun secara tersirat mungkin ada kaitan dengan pemimpin umum PKR Anwar Ibrahim.

Anwar telah terkenal dengan kepercayaannya kepada pemimpin luar negara. Semasa krisis kewangan tahun 1997, Anwar menerima pakai nasihat IMF yang diketuai oleh Micheal Camdessuss. Hasilnya  ekonomi negara hampir tersunggur.

Setelah Anwar dipecat daripada kerajaan pada September 1998, Anwar memperkuat jalinan hubungannya dengan para pemimpin luar negara. Pemumpukan jalinan Anwar dengan para pemimpin luar negara bermula sejak tahun 1974, semasa dia masih memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Namun jalinan hubungan Anwar dengan para pemimpin luar negara semakin erat tatkala Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Semasa TPM, Anwar memotretkan dirinya adalah pengganti mutlak Dr Mahathir Mohammad, perdana Menteri ke-4 negara.

Hubungan Anwar dengan negara-negara luar semakin rapat apabila isu sodomy I nya di hadapkan ke mahkamah. Negera-negara seperti Amerika, Austarlia, Britin dan Kanada berusaha untuk ikut campur dalam urusan dalaman negara dan membuat desakan agar tuduhan kepada Anwar digugurkan.

Demikian juga halnya dengan sodomy II, negara-negara yang sama turut juga cuba campur tangan dalam urusan dalaman negara.

Pemimpin luar negara yang cuba mencampuri urusan dalaman negara adalah Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry.

John Kerry menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhadapan dengan kes liwat kali kedua sejak 1998.

Pendirian itu merupakan gesaan kedua selepas satu petisyen dikemukakan oleh lebih 50 ahli Parlimen Australia awal februari lalu agar kes Anwar digugurkan.

John Kerry sepertimana kenyataannya di Washington pada 17 Februari lalu menyatakan “Saya meminta kerajaan Malaysia dan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan satu prosiding perundangan adil dan saksama dalam perbicaraan yang sedang berlangsung terhadap bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim,".

Sambung Kerry lagi, Anwar pernah menghadapi perbicaraan yang sama buat kali pertama lebih satu dekad lalu tetapi ia telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kemudian.Pertuduhan semasa mirip kes yang dibawa beberapa tahun lalu dan ia dikenakan sebaik sahaja Anwar memulakan balik peranannya sebagai Ahli Parlimen.

"Saya menggesa kerajaan Malaysia menyediakan perlindungan perundangan yang sewajarnya, yang beliau berhak perolehi selaku seorang Ahli Parlimen dan seorang rakyat dan untuk menyelesaikan kesnya dalam cara yang boleh membina keyakinan dari segi ia tidak memihak dan kewibawaan sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Gesaan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat menghadiri Forum Amerika-Islam Ketujuh di Doha yang turut disertai Kerry.

Awal Februari lalu lebih 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang yang diketuai oleh Danby pejuang Gay dan Yahudi  menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim.

Tindakan itu mendapat bantahan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta parti-parti politik.

Beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan mahu mengemukakan memorandum bantahan kepada Kedutaan Australia mengenai cubaan 50 ahli parlimen negara itu.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

No comments:

Blog Archive