Thursday, March 18, 2010

Di Dewan Rakyat: Selain Pendedahan Mengenai Pembohongan Anwar; Zaharin Juga Mendedahkan Lim Guan Eng Menghina Islam

Di dewan rakyat semalam ahli Parlimen (Bebas) Datuk Seri Mohd Zahrain Mohd Hashim mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal memperjuangkan Islam apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng membangkitkan isu zakat dan perarakan Maulidur Rasul.

Seperti yang pernah disebut di dalam kritikannya sebelum ini, Zahrain mengulangi dakwaannya Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Dap sebagai ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.

”Saya turut simpati dengan kesedaran terlewat ini,” kata Tian Chua lagi yang turut mempersoalkan kenapa Zahrain menerima anugerah Datuk Seri daripada kerajaan negeri.

Zahrain menjawab, perkara itu tidak timbul kerana pingat itu dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Beliau sebaliknya mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri memperjuangkan Islam dengan membangkitkan isu wang zakat dan isu perarakan Maulidul Rasul di negeri itu.

”YB Bagan (Lim Guan Eng) bukan saja gagal menjawab teguran dan kritikan saya sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tohmahan jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat dengan tender Golf Bukit Jambul melalui syarikat modal dua ringgit, yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan

No comments:

Blog Archive