Friday, March 19, 2010

Dewan Rakyat: Penafian KULI Bukti Gerakan 16 September Anwar Memang Bohong

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut sepatutnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Pemimpin veteran itu mengatakan jika dia ingin masuk mana-mana parti, dia tidak perlu menunggu mana-mana individu yang mengisthiarkan.

Ketua Umno Gua Musang ini berkata, beliau tidak pasti sama ada Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, berbohong ataupun tidak tetapi “pastinya saya tidak terlibat” dalam perkara itu.

Tengku Razaleigh juga menafikan beliau ada didampingi pihak berkenaan agar kelaur Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR bagi membolehkan PR membentuk kerajaan persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas pilihan raya umum ke-12.

Melalui penafian KULI tersebut, maka selama ini dakwaan Anwar bahawa gerakan 16 September adalah usaha menipu dan pembohongan kepada wakil-wakil rakyat PKR, DAP dan PAS.

Jika sekiranya Zaharin tidak mendedahkan gerakan 16 September Anwar, pasti rakyat umum tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Zaharin juga dalam pendedahannya, mengatakan bahawa Anwar ada memberi tahu mereka, bahawa Angatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk Ketua Angkatan Tentera telah bersetuju, agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia. Untuk menguatkan dakwaan Anwar, plate keretapun telah ditukar kepada WMK6, untuk menggambarkan Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Zaharin juga mendedahkan bahawa Anwar memberitahu wakil-wakil rakyat pembangkang, bahawa Yang Dipertuan Agong telahpun bersetuju agar Anwar dilantik sebagai PM-6 Malaysia, dan seterusnya Agong hanya menunggu pengesahan 30 wakil rakyat BN yang melompat kepada pihak Pakatan.

Zaharin juga membongkar, bahawa Anwar ada memberitahu mereka, bahawa salah seorang Timbalan Speaker dewan Rakyat akan mempengerusikan sidang dewan rakyat, untuk menerima usul tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi, dan seterusnya mengisthirkan Pakatan sebagai kerjaan baru Malaysia, dan Anwar adalah Perdana Menteri.

Zaharin juga membuka rashia, bahawa Anwar mengarahkan agar semua wakil rakyat Pakatan perlu berada di kawasan masing-masing untuk bersedia menerima kuasa.

Zaharin juga menyebutkan bahawa Anwar ada memberitahu mereka, wakil-wakil rakyat daripada Semenanjung, termasuk KULI-Gua Musang, Anifah Aman-Kimanais dan Ghafur Salleh-Kalabakan akan melompat ke pihak Pakatan; mereka ini adalah sebahagian daripada 30 wakil rakyat yang akan menyertai Pakatan.

Namun semua dakwaan Anwar itu tidak betul aka bohong, kerana itu Zaharin hilang kepercayaan terhadap kempimpinan Anwar. Faktor ini lah salah satu sebab kenapa Zaharin keluar PKR pada 12 Februari yang lalu.

Penafian KULI semalam, menguatkan lagi pembohongan Anwar, kerana itu sepatutnya rakyat berterima kasih kepada Zaharin, kerana dia menggambarkan siapa sebenarnya Anwar, sebelum ramai rakyat terpesong dengan dakwaan-dakwaanya.

No comments:

Blog Archive