Saturday, March 13, 2010

China Press Dapat Maklumat Bawah Tanah Musa Hassan Letak Jawatan

China Press dapat maklumat bawah tanah mengatakan Ketua Polis Negara Musa Hassan letak jawatan.

Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap PDRM telah menafikan bahawa Tan Sri Musa Hassan ada mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Musa Hassan adalah individu yang pernah terlibat secara langsung menyiasat sodomy I Anwar. Musa adalah individu yang paling tidak disukai Anwar dalam PDRM, atas sebab itu, sejak sekian lama, Musa diancam berbagai spekulasi daripada pihak Anwar khasnya dan para simpatisan Anwar.

Suatu masa dahulu, Musa juga dihubungkan dengan pembebasan Geng Bawah Tanah (under world geng) yang ditahan di Simpang Renggam, Johor, kemudian dibebaskan kerana tiada bukti kukuh mengaitkan individu tersebut dalam kegiatan bawah tanah.

Isu yang tersebar bahawa Musa Hassan meletakkan jawatan ekoran pembebasan pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Yusof Ramli yang dituduh tidak mengistiharkan harta semasa membuat aku janji mengenai harta kepunyaanya suatu masa dahulu.

Bagi AYT penyibaran isu peletakan jawatan Musa hassan ini adalah untuk memperbanyak isu dalam negeri untuk diputarbelit, agar supaya, isu sebenar yang menjadi tumpuan rakyat dan media massa Sodomy II dapat diperkecil ruangan untuk dikupas.

Dalam perang isu, semakin banyak isu yang dapat dispin, maka tumpuhan kepada isu utama diharapkan dapat diketepikan.

Sodomy II adalah isu utama pada masa ini. Anwar dan konco-konco terpaksa mencipta berbagai isu,untuk memalingkan rakyat daripada mengikuti sodomy II.

Rayuan Anwar untuk melucutkan Hakim yang mendegar sodomy II akan didengar pada 19 Mac ini, jika rayuan itu ditolak,maka pada 25 Mac, Hakim Mohammad Zabidin Mohd Diah akan memberi keputusan, samaada melucutkan dirinya mendengar Sodomy II atau sebaliknya.

Isu Musa Hassan meletakkan jawatan seharusnya tidak timbul, kerana kontrak perkhidmatannya baru akan tamat pada September depan.

No comments:

Blog Archive