Friday, March 12, 2010

Berjaya Kah Anwar Melucutkan Hakim Mohammad Zabidin Mohd Diah?

19 Mac ini rayuan Anwar ke mahkamah rayuan untuk menguggurkan Hakim yang mendengar sodomy II Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah didengar di mahkamah rayuan.

Berjaya kah Anwar dengan petisyen antara lain: Hakim Mahkamah Tinggi tersilap ketika memutuskan bahawa tidak terdapat berat sebelah yang serius sekirannya beliau meneruskan untuk mendengar perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Alasan lain yang terkandung dalam petisyen Anwar itu termasuklah bahawa Hakim Mohamad Zabidin tersilap dari segi undang-undang ketika memutuskan bahawa tidak ada sebab untuknya menarik diri untuk terus mendengar kes itu dan menyatakan bahawa sekirannya beliau menarik diri, ia bermakna beliau lari dari tanggungjawabnya sebagai seorang hakim.

Permohonan meminta hakim itu menarik diri telah difailkan oleh Anwar dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Ketua pembangkang itu sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan kes liwat itu telah ditangguhkan pada 25 Mac untuk sebutan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan Anwar tersebut.

No comments:

Blog Archive