Tuesday, March 02, 2010

Anwar Meracau: Dalam Otaknya Hanya Ada Najib dan Rosmah

Anwar menyalahkan Najib dan Rosmah Mansor ekoran keluar beramai-ramainya pemimpin PKR serta beberapa wakil rakyatnya termasuk ahli dewan undangan negeri.

Anwar mula meracau, dalam otaknya tiada lagi orang lain, melainkan Najib dan Rosmah. Anwar begitu phobia dengan nama Najib dan Rosmah, atas sebab itu kes sodomy II juga dikatakan angkara Najib dan Rosmah. Pada perbicaraan hari pertama sodomy II, yaitu pada 3 Februari lalu, Anwar telah mengarahkan ketua peguambelanya Karpal Singh agar mensepana Najib dan Rosmah agar supaya memberi keterangan dalam mahkamah untuk menerangkan apa hubungan mereka dengan pengadu mangsa liwat Anwar Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar akhir-akhir ini bertambah-tambah lagi meracaunya kerana perbicaraan sodomy II semakin hampir. Dalam 3 minggu lagi sodomy II akan bermula,yakni pada 25 mac depan.

Semalam matan TKMI Pulau Pinang mohd Fariuz telah keluar PKR dan menyertai Umno. 2 minggu lalu Mohd Zaharin Hassim ahli parlimen Bayan Baru telah keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Hari ini pula wakil rakyat Nebong Tebal Pulau Pinang Tan Bee Beng telah keluar PKR dan ikut jejak Zaharin menjadi wakil rakyat bebas juga.

Mantan setiausaha Agong PKR Datuk Saleuddin Hashim juga keluar PKR pada hari ini. Mantan setiausaha Agong PKR yang telah digantikan oleh Saifudin Nasution itu mengatakan bahawa akan ada lebih 10 wakil rakyat PKR akan mengikuti jejak Zaharin dan Bee Beng. Selain itu, Salehuddin menambah, bahawa yang tinggal dalam PKR adalah mereka berfikiran sosialis dan kroni Anwar.

Anwar bertambah meracau lagi,jika 2 orang lagi wakil rakyat daripada PKR meninggalkan PKR, maka kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang di dewan rakyat secara automatik akan digantikan oleh Lim Kit Siang, kerana penasihat DAP itu mempunyai 28 kerusi termasuk dirinya di dewan rakyat.

Semalam semasa berucap di rumah Kalakau Untol, Tuaran, Anwar meracau lagi, apabila mengatakan bahawa sodomy II sepatutnya diselesaikan di mahakamah anak negeri ( Hanya Sabah dan Sarawak yang mengamalkan mahkamah anak negeri di negara ini) bukannya di mahkamah sivil. Anwar juga mengatakan bahawa sodomy II sepatutnya dibicarakan di mahkamah syariah,kerana kes ini menyangkut orang islam. Mengikuti ayat-ayat Anwar ini, ternyata sifat meracaunya bertambah-tambah, kerana dia tidak dapat membezakan bahawa sodomy adalah perkara jenayah di bawah kanun jenayah yakni seksyen 377B.

Anwar tambah meracau lagi apabila meningatkan bahawa BN mempunyai 137 kerusi,hanya memerlukan 11 kerusi untuk menguasai 2/3 dewan rakyat. Kedudukkan kerusi dewan rakyat pada masa ini, 5 kerusi adalah wakil rakyat bebas, 29 PKR, 28 DAP dan 23 PAS.

Yang menjadi tanda tanya AYT, apa kah peranan Rosmah dengan keluarnya para pemimpin PKR satu demi satu ini. Rosmah hanya ketua BAKTI, Rosmah hanya isteri Najib, Rosmah bukan pemimpin Umno, Rosmah tiada jawatan dalam Umno, Rosmah bukan menteri. Ini yang pelik bagi AYT, bagaimana kah Anwar mengaitkan Rosmah dengan berkeluarannya ahli atau para pemimpin PKR daripada PKR.

Ini lah kelemahan Anwar. Anwar hanya tahu menyalahkan orang lain. Anwar tidak pernah mengaku, bahawa semua kejadian ini adalah sifat dan tingkah laku Anwar sendiri.

Anwar akan meracau dan terus meracau sehingga tidak mampu berbicara lagi.

No comments:

Blog Archive