Sunday, January 10, 2010

Siapa Main Api? Isu Allah ! Tangkap Mereka Itu

SUDAH Terang lagi bersuluh. Kerajaan tahu siapa pemain api serta merancakkan isu ALLAH. Nik Aziz pada 1 Mac 2009 pernah berkata bahawa tidak salah agama lain selain islam menggunakan perkatan ALLAH bagi menggantikan God atau Lord, kerana menurut MB Kelantan itu, pada zaman Nabi Muhammad pun perkataan Allah telah digunakan oleh penganut agama bukan islam.

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam malah mengatakan bahawa ALLAH itu adalah tuhan untuk seluruh umat manusia,yakni secara universil. Khalid Samad dan Anwar Ibrahim sangat bersetuju dengan keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan permohonan Tan Sri Murpy Pakiam penerebit Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan god dan lord.

Ekoran keputusan hakim Mahkamah tinggi dan ulasan beberapa pemimpin PAKATAN lah yang berakibat menaiknya emosi fanatik islam? sehingga ada yang sanggup melakukan perbuatan jenayah membakar rumah ibadat agama kristian. Namun ini hanya sangkaan awal kerana para pelaku belum tertangkap lagi. Ada kemungkinan juga bahawa para pelaku bukan mereka yang beragama islam, akan tetapi individu-individu tertentu yang cuba mengwujudkan suasana kacau dalam negara serta bermatalamat mengambil perhatian dunia kuasa besar yang beragama kristian?

Pemimpin politik pembangkang seperti Anwar Ibrahim juga tidak terlepas dalam mengapi-apikan isu Allah ini, kerana pemimpin umum PKR itu sejak awal tahun 2009 sebaik sahaja KDN Herald-The Catholic Weekly dibatalkan penerbitaannya, Anwar menjadikannya agenda untuk meniupkan semangat rakyat beragama kristian agar memperjuangkan penggunaan Allah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak perlu menunggu lebih banyak rumah ibadat menjadi musnah,jalankan pengkapan sekarang dan gunakan ISA demi ketenteraman negara.

No comments:

Blog Archive