Wednesday, January 20, 2010

Siapa Kalimullah Hassan?


Sejak Pak Lah berundur, Kalimullah sudah tidak lagi muncul dalam mana-mana media.

Beliau juga sudah sukar untuk dilihat walaupun mempunyai perniagaan di Bangsar. Ada juga yang mengatakan beliau telah lari keluar negara. Maklumlah, Datuk Patrick Lim yang pernah digelar Patrick Badawi juga khabarnya kini menumpukan perniagaan di luar negara selepas melupuskan segala kepentingannya dalam Equine Capital Berhad.

Apabila menyebut tentang Kalimullah, banyak cerita mengenai kawan baik Pak Lah ini termasuk cerita yang sejak tahun 80-an lagi.

Kalimullah sememangnya menikmati kehidupan mewah di zaman Pak Lah. Tak usah ceritalah pasal syarikat yang ditubuhkan, hubungan baiknya dengan Khairy Jamaluddin mahupun anak Pak Lah, si Kamaluddin.

Malas nak komen mengenai kekayaan yang dikautnya di zaman Pak Lah menerusi pelbagai projek yang diberikan secara rundingan terus hasil minit Bapa Islam Hadahari tersebut.

Itu rezeki beliau. Tetapi benarkah Kalimullah telah lari ke luar negara kerana bimbang ditangkap?

Kalimullah sememangnya seorang yang kontroversi bukan sahaja pada pemikiran massa tetapi juga dalam dunia perisikan. Mereka yang dah veteran dalam dunia perisikan tahu hal ini.

Khabarnya, sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri, sudah ada cadangan dibawa kepada beliau agar Kalimullah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki menjadi elemen penting kepada sebuah agensi perisikan asing.

Tetapi usaha tersebut tidak berhasil kerana wujudnya sindrom penafian dan juga rasa kasihan Perdana Menteri kepada Kalimullah.

Kepada mereka yang masih ingat, Kalimullah pernah ditahan oleh Cawangan Khas pada tahun 1980-an kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengintipan di negara ini.

Waktu itu beliau dikaitkan dengan KGB. selepas dibebaskan, beliau menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba.

Bagaimanapun, beliau hanya sempat bertugas selama 6 bulan sahaja berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad enggan menandatangani surat perlantikan Kalimullah difahamkan atas nasihat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan dan Pengarah Cawangan Khas ketika itu.

Pada masa itu, Kalimullah tidak melepasi tapisan keselamatan kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan Singapura. Dan kerana itu beliau terpaksa keluar dari pejabat Ghaffar Baba dan tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Dr. Alias Mohamad.

Selepas it, Kalimullah menyepi kembali sehinggalah tiba-tiba muncul semula sebagai penggerak dan pengawal media bagi pihak Pak Lah.

Dan sudah tentu kehadirannya secara tiba-tiba turut diragui oleh banyak pihak. Lebih-lebih lagi selepas akhbar NST dan Berita Harian di samping TV3 dilihat banyak melakukan serangan terhadap Dr. Mahathir.

Pada masa yang sama pakar media dari Mediacorp Singapura turut dibawa ke negara ini untuk melatih kakitangan NST Group dan Media Prima Berhad.

Di zaman Kalimullah menjadi Ketua Pengarang dan Timbalan Pengerusi NSTP, banyak juga berita-berita yang merosakkan imej kerajaan dan UMNO disiarkan sehingga dibangkitkan secara lantang oleh para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO.

Tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh beliau kerana Pak Lah adalah orang yang tidak berani menegurnya. Mungkin kerana terhutang budi.

Di zaman Pak Lah juga, Kalimullah dikatakan menjadi perancang utama untuk memutarbelitkan kenyataan media bagi memastikan mereka yang dianggap boleh 'membahayakan' karier politik Pak Lah diserang dengan secukup-cukupnya sehinggakan beliau digelar sebagai 'Dr. Spin'.

Kalimullah juga dikatakan terlibat secara langsung dalam menubuhkan portal berita ' The Malaysian Insider' yang banyak menyerang Dr. Mahathir dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bersamanya ialah bekas Ketua Pengarang NST Brendan Pereira, bekas Ketua Pengarang The Star, Datuk Wong Su Long, Cheah Che Kong, Sheikh Akmal dan seorang bekas pegawai kanan sebuah stesen televisyen tempatan.

Orang yang sama sebahagiannya berada dalam Fox Media yang menjadi perunding media untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Sime Darby Berhad serta koridor yang ditubuhkan di bawah Pak Lah.

Kesemua projek berkenaan diperolehi sama ada dengan bantuan Pak Lah mahupun dengan usaha oleh budak-budak tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri.

Kini rakyat ingin tahu, apa kesudahan yang akan berlaku kepada Kalimullah yang turut diketahui rapat dengan seorang pegawai kanan Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur, Ian Mark.

Dalam dunia perisikan di Kuala Lumpur, Ian Mark cukup dikenali dan bekas graduan sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga berada di Permatang Pauh sewaktu pilihan raya kecil parlimen kawasan tersebut tempohari.

Mungkinkah Najib akan melakukan operasi pembersihan selepas ini untuk memastikan kegiatan pengintipan di negara ini lebih terkawal?

Adakah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga akan digunapakai untuk pegawai kerajaan yang membocorkan rahsia kerajaan kepada pihak asing dan pembangkang?

Kita tunggu dan lihat. Namun apa yang pasti, rakyat mahukan tindakan yang tegas dan konsisten dilakukan demi keselamatan dan kedaulatan negara tercinta.

No comments:

Blog Archive