Sunday, January 24, 2010

Pertembungan Zul Kulim Khalid Shah Alam Pakatan Akan Lumpuh


Parti Pakatan menanti belah. Perkahwinan parti DAP-PAS-PKR yang dikatakan perkahwinan "keselesaan" kemungkinan akan hancur berkecai ekoran pergolakan parti gabungan itu yang senantiasa rancak sejak kebelakangan ini.

Defacto Leader mereka Anwar Ibrahim akan dibicarakan pada 2/2/2010 kalau tiada muslihat penangguhan lagi.

Berkecainya Cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai Khalid Ibarhim walaupun dinafikan ekoran keluarnya kumpulan 11 plus 2 memyebabkan Pakatan semakin goyang dan bercelaru.

Bercanggahnya pendapat berbagai pemimpin mereka terutama dalam isu kalimah Allah. Anwar dan Khalid Samad sangat bersetuju agar kalimah Allah dibenarkan digunakan oleh penganut kristian.

Manakala Presiden Pas Hadi Awang dan Harun Din terus berpegang bahawa kalimah Allah hanya untuk umat islam. Nik Aziz yang sebelum ini juga bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut kristian telah menarik balik pengiktirafan tersebut.

Namun pertanda sebenar keretakan Pakatan adalah pada hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.

Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" ketinggalan zaman.

"Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu.

Pada 21 Jan lepas, Khalid dalam kenyataannya yang dilaporkan MalaysiaKini menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

"Saya percaya kenyataan Khalid adalah berunsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umumnya," kata Zulkifli.

Katanya laporan polis itu dibuat bagi membolehkan Khalid disiasat sama ada mengikut Akta Hasutan, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau Enakmen atau undang-undang berkaitan Islam bagi negeri Selangor.

Menurut Zulkifli, Khalid juga seharusnya tidak lagi berada dalam PAS dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakan beliau sejak kebelakangan ini, dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS dan dasar Pakatan Rakyat.

"Berdasarkan rentetan tindak tanduk Khalid saya ingat, lagi baik beliau keluar saja daripada PAS. Pada saya elok dia keluar dari PAS, dan mungkin dia boleh sertai DAP (kalau masih nak berada dalam PR) ataupun buat parti sendiri.

Ditanya sama ada beliau sendiri bersedia sekira PKR bertindak terhadapnya kerana tindakannya tersebut, Zulkifli berkata: "Saya tak akan halang PKR dari mengambil tindakan kalau mereka perlu ambil tindakan."

No comments:

Blog Archive