Friday, January 15, 2010

Pendedahan: Rupanya Kalimullah Tahu Rashia Negara


Bloger gerakan-anti-pkr.blogspot.com telah 5 hari berturut-turut membongkar siapa kalimullah. seperti yang bloger tersebut janjikan artikel ini akan menjelaskan secara menyeluruh akan satu perkara penting. perkara mengenai rahsia negara (malaysia) yang di pegang oleh singapura melalui agen nya bernama kalimullah.

Dalam akhbar hari ini, kalimullah menafikan bahawa beliau mempunyai kepentingan dalam web malaysian insider. dakwaan Kalimullah merupakan satu lawak bodoh yang lesu. malaysian insider memang kepunyaan kalimullah.

4 hari serangan serangan bloger ini berturut-turut menyebabkan Kalimullah menarik keluar syarikat nya yang membiayai malaysian insider dalam ruangan iklan. ruang iklan syarikat regalia records management sdn bhd telah ditarik keluar daripada web malaysianinsider sebentar tadi, pada jam 4 petang khamis 14 jan 2010.

Kenapa iklan syarikat Kalimullah di tarik keluar daripada web portal malaysian insider? takut kena godak dengan gap mungkin. kalau anda melihat web malaysian insider, hampir kesemua pengiklannya merupakan syarikat yang berlegar sekitar 'bangsar circle'..

regalia records management sdn bhd dan vpi international sdn bd merupakan anak syarikat kepada eficient e-solutions sdn bhd. linknya seperti di atas. melalui proksinya yang bernama shaikh akmal bin shaikh allaudin, kalimullah menjalan operasi sulitnya.

Sebagai permulaan, kalimullah sebenarnya tidak lulus/lepas daripada scan pihak keselamatan negara sewaktu ghafar baba melantiknya satu ketika dulu. selepas ghafar baba tiada dalam senarai kabinet, kalimullah terpaksa membawakan diri balik ke singapura. sewaktu pemerintahan perdana menteri ke 5 malaysia, kalimullah melakukan comeback.

Dia memegang portfolio penting dalam media negara. kalimullah memegang NST, membawa agenda liberalisme dan keterbukaan demokrasi dan hak asasi. sama konsepnya dengan perjuangan ketuanan rakyat walaupun platform mereka berbeda.

Singapura pernah menjahanamkan ekonomi Thailand. semuanya gara-gara pembelian temasek menguasai syarikat komunikasi thailand. 2006 dan hingga hari ini bangkok tidak pernah aman. thaksin digulingkan dan abishit diangkat menjadi perdana menteri. kumpulan rakyat yang berpaksikan warna kuning sering bertempur dengan penyokong baju merah. bangkok berjaya dikucar kacirkan oleh singapura.

Sewaktu Kalimullah diangkat menjadi tonggak di putrajaya, dia mendapat kontrak besar. apa kontraknya ?melalui syarikatnya iaitu vpi international sdn bhd, kalimullah mendapat kontrak award pertama pada tahun 2005 berjumlah RM 400 juta. award kedua pada tahun berikutnya berjumlah RM 500 juta. total hampir RM 1billion.

Apa kerja mereka (kalimullah) dengan ganjaran wang yang besar ini? scanning/menyimpan/storage dokumen penyata income tax rakyat malaysia dan syarikat dalam malaysia ! bagaimana kalimullah yang memang merupakan agen singapura bisa mampu memegang satu rekod kewangan milik negara bisa mengundang satu persoalan besar !

Jka Bangkok bisa menerajang keluar syarikat singapura kerana takutkan sistem telekomunikasinya di ketahui pihak asing, apa pula tindakan kerajaan malaysia dan LHDN terhadap pendedahan ini? apa jaminan keselamatan/sekuriti rekod kewangan rakyat malaysia dan syarikat di malaysia tidak terlepas ke pengetahuan pihak asing !

Artikel bloger ini 2 hari lepas ada mendedahkan 19 syarikat penting negara terutamanya air asia yang dimiliki oleh kalimullah. hari ini aku dedahkan lagi maklumat baru, betapa singapura SUDAH MENGETAHUI secara total pedapatan perkapita jutaan rakyat malaysia!

Hari ini kalimullah yang kaya raya hasil daripada 'pemberian istimewa' , kini telah bekerjasama dengan anwar dan petra bergabong menghancorkan politik negara ! sasaran mereka menghancorkan nama perdana menteri yang ke6, ds najib tun razak. KALIMULLAH HARUS BERAMBOS DARI MALAYSIA.BEKU KAN ASET PENGKHIANAT NEGARA

Sumber: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/01/rahsia-negara-yang-dipegang-kalimullah.html

No comments:

Blog Archive