Monday, January 11, 2010

Pemimpin Parti Politik Penyebab Ketegangan Antara Agama

SIAPA yang mahu menafikan bahawa disebabkan pemimpin parti politik lah penyebab ketegangan agama di negara ini.

Sekiranya parti politik berserta pemimpinnya tidak melibatkan agama untuk menonjolkan parti masing-masing sudah tentulah kejadian cubaan merosak gereja di berberapa tempat di negara ini sejak beberapa hari yang lalu tidak berlaku.

Parti politik adalah perlu sebagai wadah mendapat kuasa dalam sistem demokarsi yang diamalkan di negara ini, namun dalam usaha mendapatkan sokongan, parti politik tidak menumpukan usahanya sepertimana dalam perlembagaan parti itu sepertimana tertulis semasa mendaftar kepada Akta Pendaftar Pertubuhan (ROS).Sebaliknya kebanyakan parti yang bersifat perkauman yang ada dalam negara ini lebih menumpuhkan kepada keagamaan untuk mendapat sokongan.

Sifat para pemimpin parti tertentu yang mengapi-apikan soal-soal agama sedikit sebanyak memberi curahan minyak petrol kepada ketegangan agama.

Persefahaman agama sedikit masa lalu sebelum PRU-12 sangat kental sehingga cogankata seperti KONGSIRAYA, DEPARAYA menjadi cogankata kebnayak rakyat berbilang agama. Aktiviti kunjung berkunjung antara rakyat semasa menyambut hari-hari kebesaran seperti hariraya, deepavali, Tahun Baru cina dan krismas telah menjadi budaya. Sistem rumah terbuka hampir membudaya sedikit masa lalu.

Akan tetapi kerana kelibat segelintir pemimpin yang mengapi-apikan soal-soal agama, maka timbul lah perebutan penggunaan KALIMAH ALLAH yang sekian lama digunakan oleh umat islam, cuba pula digunakan oleh Herald- The Catholic Weekly.

Tan Sri Murpy Pakiam sebagai penerebit majalah mingguan tersebut mempergunakan peruntukan dalam perlembagaan tentang hak-hak sebagai warganegara. Atas sebab permohonan menggunakan hak-hak dalam perlembagaan lah menjadi penyebab kepada Hakim mahkamah tinggi Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan bahawa Tan Sri Murpy Pakiam mempuyai hak menggunakan perkataan "ALLAH" seperti mana tafsirannya mengenai perlembagaan negara.

Disebabkan keputusan Hakim itu lah suasana keagamaan menjadi kecoh di negara ini. Ramai para pemimpin parti politik menyokong keputusan hakim tersebut, namun para pemimpin ini kurang pertimbangan tentang kesan kepada sokongan mereka itu. Nyatanya adalah telah 8 buah gereja di negara ini cuba dirosakan oleh orang-orang tertentu yang tidak kita ketahui siapa mereka.

Para pemimpin politik ini perlu dipertanggungjawabkan kepada kekecohan ini. Jangan salah kan kerajaan, kerana mana ada sebuah kerajaan di dunia ini mahukan kekacauan. Hanya kerajaan yang tidak bertamdun sahaja yang mahu kekacauan di negara yang di perintahnya.

No comments:

Blog Archive