Wednesday, January 20, 2010

Nizar Kata Sokongan Melayu Merosot Tapi Yakin Pula Bentuk Kerajaan:Pelik

Nizar main politik. Kata sokongan kaum melayu sudah merosot, tapi yakin pula bentuk kerajaan.

Wayang Nizar adalah wayang minta simpati, konon-konon kerana tohaman BN-Umno mengakibatkan sokongan terutama kaum melayu di pendalaman merosot.

Nizar perlu akur bahawa semasa menjawat jawatan MB Perak, memang boneka DAP atas alasan DAP punya kerusi lebih banyak dibanding DAP, kerana itulah Ngeh dan Ngo serta Sivakumar kontrol habis Nizar.

Nizar mendakwa tidak menderhaka kepada Sultan Perak. Kalau tak menderhaka kenapa ke hulu ke hilir mahkamah sini mahkamah sana, demonstrasi sini demonstrasi sana.

Tambahan pula Nizar, Ngeh, Ngo dan Sivakumar bersidang bawah pokok, sidang DUN Hotel Heritage. Nizar bukan kah itu ingkar dan derhaka. Hingga kini pun Nizar masih derhaka, kerana tidak menjunjug kasih titah Sultan, bahawa dia kehilangan jawatan MB kerana tidak cukup kerusi dalam DUN Perak.

Nizar kamu mesti terima fakta bahawa kamu bukan lagi MB, kerana itu berilah sokongan kepada Zambry. Beritahu bos-bos kamu dalam DAP sokonglah kerajaan. Kalau sekiranya rakyat mahu kamu memerintah Perak, tunggu lah PRU-13.

Meminta Zambry menghadap Sultan untuk bubar DUN untuk apa? membazir. Inilah perjunagan Pakatan hanya membanzir duit rakyat. Bukti kokoh Pakatan ingin membanjzr wang rakyat adalah dengan mengosongkan beberapa kerusi untuk membolehkan PRK demi menjaga memontem.

Namun rakyat dah muak dengan cara Pakatan ini. Atas kesedaran bahawa Pakatan tahu bahawa rakyat telah muak, maka para pemimpinnya terutama Anwar Ibrahim membuang jauh-jauh pegangan agamanya sepertimana diperjuangkanya semasa dalam ABIM dahulu dan sekarang menyokong pula penganut kristian menggunakan kalimah ALLAH.

Anwar sudah dalam kelam kebut kerana kes liwatnya semakin hampir dibicarakan di mahkamah, dengan tipu muslihatnya mampu mempengaruhi mahkamah untuk menunda-nunda terus,kali ini Hakim Ariffin Jakaria menentapkan pada 2/2/2010 depan.

Tambah kelam kambut Anwar lagi apabila diketahui umum bahawa pelarian mahkamah Raja Petra Kamaruddin (RPK) kini bersembunyi di London dan dapat keluar dari negara ini secara tidak sah.

RPK dapat bolos dari penguatkuasa undang-undang dikatakan atas bantuan Kalimullah protegi Anwar.

No comments:

Blog Archive