Wednesday, January 27, 2010

Mukhriz Bongkar Rancangan Anwar

PADA 13 Mei 2008 di Parlimen Malaysia Dato' Mukhriz Mahatahir membuat kenyataan berikut dan sehingga kini jawaban kepada kenyataan ini belum diperoleh daripada Anwar Ibrahim.

Selepas hampir 10 tahun cuba membuka mata dan minda rakyat Malaysia kepada isu konspirasi oleh anwar ibrahim, YB Dato Mukhriz telah membentangkannya di dalam Parlimen, tempat yang paling sesuai. Sama-sama kita berharap lebih banyak lagi kebenaran mengenai Anwar Ibrahim yang sudah banyak terbongkar akan diusulkan/bentangkan dan lebih ramai rakyat Malaysia akan mula sedar akan bahayanya pengkhianat agama, bangsa dan negara yang bernama Anwar Ibrahim.

Sedutan ucapan sulung YB Dato' Mukhriz Mahathir di Parlimen pada 13hb May 2008, disini

Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak (nota AYT: Sdr Azmin Ali) yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini. Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?

Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui. Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

Sudah tentu tidak! Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.

No comments:

Blog Archive