Sunday, January 03, 2010

Mengina Umat Islam Dah Melampau

Tidak pernah terjadi negara ini sebelum ini bahawa ugama islam dipermainkan oleh rakyat bukan islam. Sejak berakhirnya PRU-12, bermacam-macam isu ditimbulkan oleh rakyat yang bukan islam menghina islam.

Sensitiviti antara agama terus melonggar akibat daripada intensifnya rakyat berpolitik.Demi mendapatkan kuasa, persefahaman antara agama dikucar kacirkan oleh puak-puak tertentu agar persefahaman itu berkecai.

Perkataan ALLAH yang sekian lama digunakan oleh rakyat yang menganut agama islam, sekarang ini cuba pula digunakan oleh agama lain khususnya oleh Herald-The Catholic Weekly. Untuk menguatkan penggunaan kata ALLAH, peneribit mingguan agama itu memperalatkan mahkamah agar supaya mereka terlindugi secara undang-undang.

Di Indonesia di mana terjemahan kitab injil begitu meluas sekali, perkataan ALLAH tidakpun digunakan, melainkan menggunakan perkataaan yang berbunyi sama, yakni dieja ALAH.

Bantahan penduduk beragama islam negara ini, perlu diteruskan, kerana tindakan itu tuntutan agama; agama tidak boleh dipermain-mainkan. Agama adalah pegangan dan akidah. Kerana itulah dalam agama islam, Allah telah menjanjikan bahawa barang siapa mati kerana meneggaknya agamanya, yakni agama islam, maka kematian itu adalah kematian sahyid.

Mahkamah dalam hal ini, mahkamah tinggi sebelum membuat keputusan tersebut sepatutnya terlebih dahulu perlu menimbang sedalam-dalamnya bahawa keputusannya itu boleh membangitkan isu sosial, agama dan rakyat. Keputusan itu boleh menghancurkan negara. Mahkamah perlu melihat polarisasi kaum negara ini dalam membuat keputusan.

Keputusan telahpun dibuat, umat islam dalam perkara ini hanya boleh membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Namun, luka sudah terjadi, walaupun sembuh, maka luka itu meninggalkan parut.

Perdana Menteri sebagai seorang Islam, walaupun hatinya pedih hingga ke ulu hatinya, terpaksa berdiplomasi demi keutuhan negara berbilang kaum ini.

Najib walaupun secara pribadinya sangat tersinggung dengan keputusan mahkamah tersebut, namun sebagai perdana untuk semua, terpaksa berhati-hati, dan perlu menyelesaikan isu ini ibarat menarik rambut dari tepung, rambut terlepas, tepung tidak berselerak.

Najib meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin.

"Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

"Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan tumat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," katanya

Sementara itu di Pulau Pinang sekumpulan 200 orang Islam mengadakan protes membantah keputusan mahkamah itu.

Protes selama satu jam itu pagi tadi diadakan di luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang diketuai oleh kumpulan yang menamakan dirinya Badan Anti Majlis Antara Agama (Badai)..

Najib berkata Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.

Selain itu, perdana menteri berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses rayuan berkenaan.

"Mereka (KDN) akan kemuka rayuan dan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja," katanya.

Beliau berharap penyelesaian terhadap isu yang amat sensitif itu kelak dibuat dengan penuh kebijaksanaan.

Najib juga berharap isu itu tidak akan diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi serta pelbagai petisyen dan memorandum berhubung perkara itu.

"Saya tak galakkan (umat Islam membuat demonstrasi dan sebagainya), (tapi) saya tahu perasaan di kalangan perasaan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan.

"Cuma saya berharap perkara yang amat sensitif, kita biarkan kerajaan tangani isu ini dengan sebaik-baiknya melalui proses rayuan (di mahkamah)...saya tak nak terlalu memanaskan isu, kerajaan faham perasaan umat Islam, biarlah kita cari jalan sebaik-baiknya."

Menyinggung umat Islam

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan kalimah "Allah" dikhuatiri digunakan oleh pendakyah agama bukan Islam yang mahu mengelirukan umat Islam dengan tujuan tersirat mereka.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

"Sebagai sebuah negara yang majmuk, mempunyai pelbagai agama, harus elakkan perkara sensitif ditimbulkan di mana-mana platform perundangan," katanya.

Dr Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dr Ahmad Zahid berkata umat Islam di negara ini amat menghormati kedudukan agama lain dan tidak mahu ada pihak mencampuri urusan agama Islam.

Katanya sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan dengan jelas bahawa perkataan "Allah" adalah khusus untuk orang Islam kerana ia merupakan perkataan khas sementara "Tuhan" merupakan nama am.

"Kalau selama ini tidak ada penulisan yang menggunakan perkataan "Allah" (bagi agama bukan Islam) mengapa pula akhbar mingguan 'Herald-The Catholic Weekly' terlalu ghairah hendak menggunakan perkataan "Allah".

"Dalam Perlembagaan Persekutuan menetapkan agama Islam adalah agama rasmi sementara agama lain boleh diamalkan di Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam," katanya.

Beliau dengan itu menggesa semua tokoh ulama, pertubuhan bukan kerjaan dan seluruh umat Islam bersatu dalam hal melibatkan kesucian agama Islam.

No comments:

Blog Archive