Saturday, January 30, 2010

Lim Guan Eng Diktator: Apa Kaitan Dengan Umno?

Lim Guan Diktator, berotak komunis dan cauvinis, apa pula kaitannya dengan Umno? Ramai bloger pro Pakatan mengaitkan bahawa pembongaran secara terbuka oleh ahli parlimen Pakatan daripada PKR Datuk Zaharin Mohd Hassim dikatakan ejen Umno.

Pembongkaran Zaharin ini dikatakan oleh pemimpin Pakatan terutama pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Osman semuanya itu adalah pendapat pribadi Datuk Zaharin.

Pemimpin Pakatan coba berselindung daripada bencana dalaman parti itu,namun rakyat sebenarnya sudah maklum,bahawa perkahwinan DAP-PKR-PAS adalah perkahwinan sementara dan tidak mungkin boleh bertahan.

Ideologi yang berbeza, DAP dengan Malaysian Malaysia kerana ideologi iitu gagal, maka ditukar kepada middle Malaysia; Pas pula dengan negara islamnya, bertukar pula islam ala turki, PKR pula tidak beridentiti, hanya berjuang untuk Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

Pakatan tidak ada isu langsung untuk mengabui mata rakyat. Pekong mereka telah terkangkang luas. Pekong Pakatan,apa kah di Pulau Pinang, Selangor, Kedah maupun Kelantan telah terpamir dengan luasnya. Pakatan tidak mampu membela rakyat. Pakatan hanya bercakap dibibir. Kalau pun ada kemajuan, adalah memajukan diri sendiri.

Rakyat sudah maklum, coba ikuti seluruh isu Pakatan, setiap apa sahaja masalah dalaman parti itu,pasti dikaitkan dengan Umno.

Apa hubungan Umno dengan Lim Guan Eng? Apabila Lim guan Eng bersifat diktator,berfikiran komunis seperti mana dakwaan rakan-rakannya, dikatakan pula ada hubungan dengan umno.

Zaharin yang juga merupakan ahli parlimen Bayan Baru hanya menyuarakan apa keadaan sebenarnya. Zaharin berkata benar bahawa seluruh janji-janji yang taburkan gagal dilaksanakan. Salah kah Zaharin?

Zaharin mengakui bahawa Lim hanya menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP, .

Bagi Zaharin "Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.

Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.

"Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

"Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.

Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

"Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,"

"Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.

Zahrain berkata, Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.

"Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi," katanya.

Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin.

Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.

No comments:

Blog Archive